Saturday, October 9, 2010

Pengerusi HINDRAF - Sengaja melagakan isu perkauman

P. Waytha Moorthy pemimpin HINDRAF yang tinggal di LONDON merupakan seorang Peguam telah melarikan diri dari Malaysia pada 26 November 2007 kerana takut ditahan dibawah ISA di atas propaganda palsu beliau serta tindakan beliau yang mahukan artikel 153 Perlembagaan Persekutaun dibuang dan menamakan Malaysia sebagai negara sekular dan bukan sebagai Negara Islam.

Beliau lebih dilihat sebagai pemimpin yang mahu menghapuskan Islam dengan menipu kepada dunia bahawa selepas kemerdekaan 1957 bangsa India ditinggalkan oleh British kepada orang Melayu Islam untuk dihapuskan.

Sebenarnya, belaiu sendiri tidak memahami sejarah dan penubuhan Perlembagaan Persekutuan yang telah dicapai melalui kata sepakat dan rundingan oleh pemimpin pelbagai bangsa yang terdahulu seperti Tan Cheng Lock dan VT Sambathan yang mewakili masyarakat India.

Pada hari ini, HINDRAF sengaja memainkan isu keistimewaan dan hak orang-orang Melayu bagi membangkitkan rusuhan perkauman di dalam negara. Gerakan HINDRAF ini jelas juga dipersetujui oleh beberapa pemimpin parti pembangkang yang merestui rusuhan yang dijalankan. Semuanya jelas menunjukkan masing-masing mempunyai kepentingan dan agenda politik yang mengucar-kacir keadaan seperti yang dijalankan oleh Thailand.

Propoganda yang paling jelas tidak masuk akal dan menipu kepada dunia bahawa negara Malaysia menjalankan penghapusan etenik!

Sebenarnya beliau sendiri gagal membantu maysrakat India dinegara ini. Tindakan beliau menyalahkan setiap kegagalan kepada pihak Kerajaan adalah salah satu propaganda beliau untuk mencapai nama di dalam politik dan menjadikan HINDRAF sebagai alat politik. Beliau sanggup lari keluar negara dan membiarkan pengikut-pengikutnya yang tidak berkemampuan terkontang-kanting mencari hala tuju.

Kenyataan Waytha Moorthy yang menamakan DYMM Tuanku Sultan Johor sebagai jurucakap PERKASA serta tindakan kurang ajar dan biadap memberi amaran kepada Tuanku tidak mencampuri Perlembagaan Persekutuan adalah satu perbuatan khianat seorang rakyat Malaysia yang tidak jujur kepada diri sendiri, pengikut-pengikutnya dengan menjadi talibarut asing untuk memecahbelah perpaduan di dalam negara.

Waytha Moorty sebenarnya tidak mahu menerima hakikat bahawa terdapat segelintir masyarakat India yang masih belum menongkah arus kemajuan adalah kesalahan orang-orang seperti beliau sendiri yang lebih suka bercakap dari membuat kerja membantu masyarakatnya sendiri.

Apa-apapun, Waytha Moorty tidak berguna anda bercakap diluar negara sebagai seorang yang bacul dan bodoh yang tidak tahu fakta dan perkembangan semasa dan indek pembangunan negara.

Seeloknya jika anda jujur dan amanah terhadap masyarkat India, kembalilah ke Malaysia dan bekerjalah bersama-sama mereka yang anda tinggalkan untuk membangun dan membina mereka mencapai tahap kehidupan yang diharapkan.

"Waytha Moorty jangan bermain dengan api jika anda tidak tahu cara untuk memadamnya kerana kelak yang terbakar diri sendiri".

-Setiausaha Agung JMM-
.



No comments:

Post a Comment