Thursday, July 14, 2011

Ambiga didesak bagi kenyataan

"Kami mahu Ambiga memberi kenyataan kepada rakyat Malaysia tentang hukuman yang diperuntukkan dalam undang-undang negara jika seseorang itu menyiarkan berita palsu,"

KUALA LUMPUR 13 Julai - Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga didesak memberi kenyataan berkenaan laporan palsu oleh media pembangkang yang mendakwa polis bertindak kasar terhadap peserta perhimpunan haram anjuran pertubuhan itu Sabtu lalu.

Wednesday, July 13, 2011

JMM kecewa SKMM belum bertindak



Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim perlu bertanggungjawab terhadap kelambatan SKMM bertindak dan harus meletakkan jawatan jika gagal mengambil tindakan tegas terhadap kedua-dua portal berkenaan.

KUALA LUMPUR 12 Julai - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) kesal dengan sikap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang sehingga kini tidak mengambil sebarang tindakan ke atas dua portal pembangkang.

Pas sekongkol dengan musuh Islam

Ia turut menunjukkan bahawa parti itu telah melanggar perintah Allah sehingga sanggup diperalatkan oleh pihak yang cuba menumbangkan kerajaan Islam

KOTA BHARU 12 Julai – Tindakan Pas menyertai perhimpunan haram Bersih pada Sabtu lalu telah membuktikan parti berkenaan sanggup menjadikan musuh Islam sebagai kawan semata-mata untuk mencapai matlamat politik mereka.

JMM anggap Pas singkatan kepada 'Pengikut Ambiga Sreenavasan'

" Oleh itu, mulai hari ini JMM mengisytiharkan Pas sebagai 'Pengikut Ambiga Sreenavasan'. Moto 'hidup Pas' yang dilaungkan pemimpin dan pengikut Pas samalah juga dengan 'hidup Ambiga Sreenavasan',"

KUALA LUMPUR 11 Julai - Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini menyifatkan singkatan bagi Parti Islam SeMalaysia (Pas) sepatutnya ditukar kepada 'Pengikut Ambiga Sreenavasan (PAS)'.

Monday, July 11, 2011

Anwar pakar 'jalan belakang'

"Sekali lagi Anwar membuktikan dirinya adalah pakar mendapatkan sesuatu dari 'jalan belakang'.


KUALA LUMPUR 9 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa memperalatkan Datuk S. Ambiga untuk memimpin perhimpunan haram pada kali ini kerana tahu rakyat sudah sedar putar belit dan lakonan beliau.

Tindakan Anwar sama Yahudi

"Yahudi menguasai dunia menggunakan proksi. Tindakan ini menyamai apa yang dilakukan Anwar yang gunakan Pas dan Ambiga untuk kepentingan dirinya"


KUALA LUMPUR 10 Julai - Kerajaan dan pihak berkuasa digesa mengambil tindakan tegas terhadap Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga yang berdegil dengan arahan untuk tidak mengadakan perhimpunan haram di ibu negara semalam.