Friday, March 16, 2012

Awasi Perangkap Goethe-Institut & Kumpulan Gay-Lesbian Di Malaysia

Pada tahun 2007, Goethe Institut membantu dana kepada kumpulan Gay dan Lesbian Malaysia untuk membuka tapak mereka yang kemudiannya diterjemahkan menjadi The Annexe Gallery, bersebelahan dengan Central Market, Kuala Lumpur.
The Annexe Gallery turut dibantu oleh badan-badan hak asasi dan kesenian tajaan George Soros dan Japan Foundation.
Jerome Kugan dan Pang Khee Teik merupakan dua individu penting di belakang The Annexe Gallery.


Pada Ogos 2008, kira-kira enam bulan pakatan rakyat yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menafikan 2/3 kerusi pemerintah di parlimen, The Annexe Gallery menyediakan tapak untuk sambutan kali pertama kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) yang kemudiannya dikenali sebagai Seksualiti Merdeka.
Menurut laman fridae.asia (laman yang memperkasa Gay di Asia), Seksualiti Merdeka 2008 merupakan sambutan kali pertama festival LGBT di Malaysia.
Sivarasa Rasiah, Seksualiti Merdeka 2008

Sivarasa Rasiah yang ketika itu Naib Presiden PKR merupakan salah seorang ahli panel dalam program diskusi anjuran Seksualiti Merdeka itu.

Sivarasa yang juga bekas salah seorang peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa minoriti seksual berhak untuk mendapatkan kebebasan yang sama seperti orang lain tetapi kebebasan mereka sering dinafikan di negara ini.
Seksualiti Merdeka mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan Sisters in Islam, Kata Gender, TheOtherMalaysia, Pink Triangle Foundation dan beberapa individu tertentu yang menjayakan sambutan kali pertama LGBT Malaysia itu.
Edmund Bon yang juga merupakan bekas peguam bela kes liwat II pula menjadi tumpuan untuk merasmikan Seksualiti Merdeka 2010.
Edmund Bon, Seksualiti Merdeka 2010

Edmund yang ketika itu Pengerusi Komitit Hak Asasi di Bar Council menyentuh berkenaanklausa yang mendiskriminasikan ‘seks luar tabie’ yang terkandung dalam sistem perundangan Malaysia.

Pada tahun sama The Annexe Gallery menganugerahi ‘ANNEXE HEROES Freedom Of Expression Awards 2010‘ kepada Edmund bersama empat individu iaitu Dr Azmi Sharom, Fahmi Reza, Dr Farish Noor dan Shelah.
Terbaru, dalam sambutan Seksualiti Merdeka 2011, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan pula menjadi tumpuan.
Ambiga dipilih oleh kumpulan LGBT sebagai perasmi kerana kumpulan itu merasakan kebersamaan perjuangan antara mereka dengan Pengerusi BERSIH itu.
“Sebagai organisasi hak Asasi manusia, pengiktirafan terhadap gerak kerja demokrasi bermakna demokrasi untuk semua pihak termasuk rakyat yang berbeza orientasi seks dan identiti gender.
“Sebagai dunia sekeliling yang mula menghapuskan satu persatu polisi-polisi dan undang-undang mendiskriminasi, sebagai orang awam yang bercakap tentang kumpulan minoriti tertindas, kami percaya Malaysia juga akan tiba masanya untuk memberi kepada kita ‘kemerdekaan’ yang selayaknya kita dapat.
“Masa untuk kita dapatkan hak-hak kita akan datang. Mari kita berdiri teguh bersama-sama : Queer Tanpa Ketakutan”, lapor plancast.com.
The Goethe-Institut (GI) yang menjadi penaung kepada kewujudan flatform LGBT Malaysia adalah sebuah yayasan kebudayaan Jerman yang beribu pejabat di Munich, Jerman turut mempunyai banyak cawangan termasuk di Kuala Lumpur.
Di Indonesia, Goethe Institut Jakarta berusaha keras membangunkan kumpulan LGBT negara itu.
Pengurus Komunitas Salihara juga merupakan tulang belakang penganjuran Festival Q selain memberi tempat untuk menjayakan festival tersebut.
Komunitas Salihara juga turut tersenarai dalam SOROS CENTRE FOR CONTEMPORARY ART (milik George Soros) yang bekerjasama dengan Hivos, sebuah organisasi penyokong gerakan-gerakan homoseksual di seluruh Asia.
Sudah tentu Festival Q adalah satu perangkap untuk mengundang api kemarahan kumpulan Islam di Indonesia dan seterusnya kumpulan Islam itu dilabel ‘teroris’ dan ektrimis untuk mengundang campur tangan pihak asing.
Menurut penganalsis Indonesia, Goethe Institut bekerja sama dengan sebuah lagi yayasan Jerman, The Friedrich Naumann Stiftung bekerja keras membantu Jaringan Islam Liberal Indonesia (JIL) untuk mewujudkan Indonesia sebagai sebuah Negara Liberal. Klik di sini dan sini