Wednesday, May 23, 2012

Pendedahan maklumat bank mungkin libatkan sogokan


KUALA LUMPUR 21 Mei - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) percaya kakitangan bank yang terlibat mendedahkan maklumat perbankan pelanggan dijanjikan habuan oleh pihak tertentu sehingga sanggup mengambil risiko melakukan jenayah di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989.

Sehubungan itu, Presidennya, Azwanddin Hamzah meminta Bank Negara Malaysia (BNM) membuat siasatan ke atas kakitangan yang terlibat dalam kegiatan berkenaan kerana secara tidak langsung tindakannya boleh menjatuhkan kredibiliti bank terlibat.

Sunday, May 20, 2012

Kahwin sejenis...


Pendirian Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama menyokong perkahwinan sejenis menjadi perdebatan hangat di seluruh dunia. Ketika sebahagian pihak terutama golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta golongan liberal menyokong, banyak yang membantah.

Walaupun Obama mendakwa ia merupakan pendirian peribadi, ramai yang kecewa terhadap beliau, yang dipercayai ada kaitan dengan pengaruh pelobi LGBT. Beberapa penganalisis AS melihat populariti Obama masih tinggi dan sukar digugat tetapi perkembangan itu dikhuatiri boleh menggagalkan peluangnya untuk memenangi pemilihan jawatan Presiden bagi penggal kedua November ini.

Halang program Irshad Manji


JERAI 19 Mei - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan membenarkan sebarang program yang melibatkan seorang pendukung lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Irshad Manji diadakan di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan meminta semua pihak menghalang sebarang program membabitkan wanita tersebut.