Sekiranya polis bersikap adil dan menyifatkan tindakan menampal poster itu adalah kesalahan di sisi undang-undang, maka kumpulan sasaran seharusnya ditangkap adalah along dan pemilik rumah urut yang menampal poster di merata tempat
KUALA LUMPUR: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menyifatkan tindakan polis menahan 10 aktivis yang ketika menampal poster anti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Taman Tun Dr Ismail di sini, bulan lalu, sebagai memilih bulu kerana menyasarkan mereka yang lemah.