KUALA LUMPUR 4 Okt . - Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin hari ini membuat laporan polis terhadap laman portal berita The Malaysian Insider dan seorang wartawannya, dipercayai berhubung satu kenyataannya yang didakwa perkauman dan menimbulkan kontroversi baru-baru ini.
Hamim yang membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada pukul 12.30 tengah hari ini bagaimanapun enggan memberi sebarang ulasan mengenai kandungan laporan yang dibuatnya itu.
Selepas selesai membuat laporan, dia dilihat keluar dari balai dan berhenti seketika sebelum menadah tangannya untuk membaca doa selama beberapa minit.
Dia kemudiannya terus menuju ke sebuah kereta Proton Wira dan sebelum menaikinya sempat mengucapkan terima kasih sebanyak beberapa kali sambil melambaikan tangannya.
No comments:
Post a Comment