Tuesday, July 20, 2010

Bukti Dato Kalimullah, Shaik Aqmal dan Sreedhar Subramaniam Berpakat

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) sebelum ini telah mendedahkan penglibatan Dato Kalimullah Hassan dan Shaik Aqmal Alauddin menaja dan membiayai Malaysian Insider sebuah portal yang telah ditubuhkan oleh Sreedhar Subramaniam yang sering memperburuk-burukkan dan memfitnah kepimpinan Negara khususnya Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib.
Sreedhar Subramaniam seperti yang diperakui oleh laman web Malaysian Insider merupakan orang yang mengilhamkan dan pengasas penubuhan portal ini untuk tujuan memberikan berita politik, ekonomi, peristiwa dan individu berprofail tinggi di dalam negara ini.

Pada hari ini, JMM menyerahkan bukti dokumen mengenai penglibatan ketiga-tiga mereka di dalam Malaysian Insider melalui kumpulan Efficient E-Solution Bhd yang dipercayai telah mendapat kontrak secara paksa dari Kementerian Kewangan.

Buktinya, Shaik Aqmal adalah Pengarah Urusan dan Sreedhar Subramaniam juga Pengarah di dalam syarikat VPI International Sdn Bhd (Efficient E-Solution Bhd mempunyai kepentingan 20%) yang telah menandatangani kontrak besar dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) iaitu LHDN.01/11.1(S)/347/3/2 yang pada mulanya berjumlah RM216,090,927.00 dan kemudian dinaikkan kepada RM585,540,927.00.

Shaikh Aqmal dan Sreedhar Subramaniam sebagai penandatangan kontrak ini telah menggunakan Regalia Records Management Sdn Bhd yang mana VPI International Sdn Bhd mempunyai kepentingan di dalamnya untuk menaja dan membiayai portal Malaysian Insider yang diilhamkan oleh Sreedhar Subramaniam.

Dengan mengemukakan bukti dokumen kontrak ini, jelas dan sah memperlihatkan Dato Kalimullah, Shaik Aqmal dan Sreedhar Subramaniam secara berpakat menaja dan membiayai Malaysian Insider dengan niat jahat untuk memperburuk-burukkan dan melemparkan fitnah terhadap Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Institusi Raja-Raja Melayu, Agama Islam serta perpaduan di antara kaum bagi memecah belah keharmonian yang boleh mengugat perpaduan di dalam negara.

Kementerian Kewangan wajib menjelaskan perkara ini kerana VPI International Sdn Bhd telah menggunakan keuntungan hasil dari projek ini bagi membiayai Malaysian Insider yang sering melemparkan fitnah dasyhat berulang kali terhadap Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor serta kepimpinan-kepimpinan negara yang lain.

JMM meminta Tan Sri Nor Mohamed Yakcob menjelaskan hubungan beliau dengan Dato Kalimullah, Shaikh Aqmal dan Sreedhar Subramaniam kerana kontrak LHDN ini diperolehi sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan.

Sekian Terima Kasih

Yang Benar,
Azwanddin bin Hamzah
Yang DiPertua

4 comments:

  1. Sekiranya benar, harus buat lapuran Polis untuk siasatan supaya wang rakyat tidak dikikis.

    ReplyDelete
  2. JMM yakin dengan kemampuan SPRM dan PDRM di dlam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Kami yakin kedua-dua badan penyiasatan tersebut telah membuka fail siasatan hasil daripada siri pendedahan yang dibongkar oleh JMM. Kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada sdr di atas keperihatinan berkenaan isu ini. Semoga sdr terus bersama-sama kami di dalam perjuangan jujur & amanah
    - Setiausaha Agung JMM

    ReplyDelete
  3. VPI International sekarang telah bertukar nama kepada One BPO Sdn Bhd..

    ReplyDelete
  4. Setiausaha Kebangsaan JMMFebruary 16, 2011 at 2:28 PM

    Terima kasih di atas input Tuan. JMM juga sedang mengkaji "eRAS".

    ReplyDelete