Thursday, October 14, 2010

Gerakan Perhimpunan Demostrasi Anti Malaysian Insider - Azwanddin

Kenyataan Resmi Yang DiPertua JMM

Kepada Rakyat Malaysia yang saya hormati dan kasihi sekalian.

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengajak tuan/puan, saudara dan saudari ke Gerakan Perhimpunan Demostrasi Anti Malaysian Insider pada 15hb Oktober 2010 (Jumaat) selepas solat Jumaat bermula di perkarangan Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Jalan Ara, Bangsar Kuala Lumpur dan akan berarak ke pejabat The Malaysian Insider di Wismna OUA, Bangsar Kuala Lumpur.

JMM menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, keharmonian dan semangat setiakawan yang telah lama dipupuk untuk bersama-sama turun dan menyertai gerakan perhimpunan ini sebagai membantah tindakan provokasi dan propaganda perkauman yang sering diputarbelit oleh pengkhianat dan talibarut asing- The Malaysian Insider.

Gerakan perhimpunan secara aman ini bertujuan mendesak pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKM) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri mengambil tindakan ke atas pengkhianat dan talibarut asing- The Malaysian Insider.

JMM mengalu-alukan sokongan padu dari semua individu dan rakyat Malaysia untuk meluangkan sedikit masa untuk kita bersama-sama bersatu padu dibawah pohon rakyat Malaysia yang sayangkan negara dan cintakan keamanan dan perpaduan antara bangsa.

Semoga dengan kehadiran tuan/puan, saudara/saudari kita bersama-sama dapat menyampaikan suara dari rakyat Malaysia yang tidak berpuashati dengan propaganda dan provokasi memecahbelahkan perpaduan bangsa.

TANGKAP ! TANGKAP ! Pengkhianat dan talibarut asing - The Malaysian Insider
TUTUP! TUTUP! - Pengkhianat dan talibarut asing - The Malaysian Insider

1 comment:

  1. JMM sepatutnya digelar Barua UMNO/BN kerana sikap mereka sikit2 nak haram, bubar, tangkap, ambil tindakan sekiranya media elektronik itu tidak sebulu dengan pemerintah...Seolah2 semua media perlu memuji menyokong dan mengampu apa saja yang dilakukan kerajaan UMNO/BN..walaupun kadang2 rasa nak termuntah seperti 1st Lady Summit yang diterajui oleh Rosmah isteri PM..Eloklah ahli2 JMM memakai T-shirt yang tertulis 'KAMI BARUA UMNO/BN' didada mereka supaya rakyat faham dengan jelas bahawa...tiada kebebasan media dikepala otak mereka..

    ReplyDelete