Wednesday, June 27, 2012

LGBT: Jelaskan pendirian


KUALA LUMPUR 25 Jun - Pakatan pembangkang digesa menjelaskan pendirian mereka sama ada akan membuat pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan dan negeri berhubung isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) jika berjaya mentadbir negara.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek berkata, penjelasan itu amat diperlukan agar rakyat tidak keliru dengan perjuangan mereka dalam isu LGBT sebelum ini.

Pas perlu nyatakan pendirian isu LGBT, pluralisme dan liberalisme


KUALA LUMPUR 26 Jun - Pas perlu tampil menyokong pendirian tegas kerajaan dalam menolak budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) daripada bertapak di negara ini jika benar parti itu memperjuangkan akidah Islam seperti didakwa.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga menuntut Pas menjelaskan pendiriannya berhubung ideologi pluralisme dan liberalisme yang diketahui diperjuangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun bertentangan dengan Islam.

Pertahan ajaran Islam - Najib

KUALA LUMPUR 25 Jun - Kerajaan berikrar akan mempertahan kesucian agama Islam dan memastikan budaya songsang seperti amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak mendapat tempat di negara ini.


Pada masa yang sama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, sebarang pemikiran menyeleweng seperti fahaman liberalisme dan pluralisme yang kini diperjuang pihak tertentu juga akan ditentang.

Monday, June 25, 2012

Road To Putrajaya (RTPJ) Promosi LGBT?

JMM juga sangat kecewa apabila kebanyakan "Group" di dalam facebook (FB) yang mempunyai tajuk Road To Putrajaya (RTPJ) telah memilih ikon mirip bendera resmi LGBT iaitu warna bendera pelangi sebagai Ikon kepada Group tersebut

LGBT bukanlah perkara baru yang diperkatakan di negara ini. Malah semenjak dari PR mengenepikan 2/3 kerusi di parlimen, gerakkan LGBT telah dimulakan dengan penganjuran Seksualiti Merdeka yang melibatkan forum yang dianjurkan oleh NGO-NGO yang menyokong perlakuan songsang manusia yang tidak bertamadun ini.