Friday, September 16, 2011

Biar waspada dalam berhujah

Dengan gelar Dr di hadapan namanya, individu yang meluahkan pandangan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris ini, meletakkan `kesalahan' itu menjadi punca guru bahasa Inggeris gagal melaksanakan tanggungjawab mereka, biarpun wibawa mereka melangit!


PERBINCANGAN penguasaan bahasa Inggeris pelajar sekolah negara ini belum reda dalam akhbar berbahasa Inggeris sepanjang minggu lalu dengan sebahagian besarnya mahu bahasa itu tampil sebagai bahasa yang paling perlu dikuasai untuk berjaya dalam era globalisasi ini.

PPSMI: Jangan sampai 'rumah siap pahat berbunyi'

Isu pemansuhan PPSMI telah muktamad. Beberapa pendekatan drastik telah diambil oleh pihak kementerian, yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Terdapat beberapa program dan pelan pendidikan yang sedang dikaji dan bakal dilaksanakan. Maka itu, kita amat berharap agar JMM tidak seperti 'rumah siap, pahat baru berbunyi'.


SAYA tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut hasil kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berhubung isu kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang bakal dimansuhkan sepenuhnya tahun hadapan.

JMM minta menteri kaji pandangan sokong PPSMI

"Mohd Puad perlu mendengar pendapat semua pihak dan bukan sebelah pihak yang kerap menemui beliau tanpa memanggil kami untuk menjelaskan hasil kajian selidik dan harapan ibu bapa terhadap PPSMI"

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Jaringan Melayu (JMM) meminta Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi mendengar pandangan semua pihak sebelum menolak hasil kajian pertubuhan itu berhubung sokongan 55 peratus ibu bapa terhadap pelaksanaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Syarikat Malaysia mampu


"Kenapa tidak mahu jual Esso kepada syarikat tempatan, Boustead Holdings Bhd., yang dimiliki oleh LTAT yang turut menyatakan minat membelinya,''

MALAYSIA masih dalam suasana menyambut Hari Kemerdekaan dan kemuncaknya pada 16 September ini apabila sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia disambut serentak.

Sokong Mat Indera pendirian rasmi Pas

“JMM berpendapat apa yang dilakukan oleh Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin atasan Pas yang lain tidak ubah seperti pelacur sejarah negara,”

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Sokongan padu yang diberikan oleh barisan kepimpinan Pas terhadap kenyataan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu yang mengangkat Mat Indera dan komunis sebagai pejuang, membayangkan pendirian rasmi parti itu.

Belum terlambat kerajaan 'selamatkan' Esso

''Meskipun kerajaan terikat dengan dasar keterbukaan atau liberalisasi ekonomi, ia juga wajar mengambil kira kepentingan syarikat bumiputera terutama dalam mengelak adanya unsur monopoli oleh syarikat asing,"

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Masih belum terlambat untuk kerajaan melakukan sesuatu atau 'campur tangan' dalam usaha menyelamatkan Esso Malaysia Berhad (Esso) daripada jatuh kepada syarikat luar.

Monday, September 12, 2011

Kajian JMM tentang PPSMI tidak tepat, tidak komprehensif

"Kajian itu tidak meliputi tentang keberkesanan PPSMI dalam meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar. Ia (kajian) tidak dilakukan secara empirikal dan tidak komprehensif,”

BATU PAHAT 10 Sept — Kajian oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang menunjukkan 50 peratus ibu bapa mahukan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak tepat kerana ia dilakukan secara tidak komprehensif.

Kementerian tidak terima kajian JMM - Mohd. Puad

Kajian yang dilakukan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) itu tidak mengambil kira pelbagai aspek, sebaliknya hanya bertumpu kepada persoalan sama ada ibu bapa setuju atau tidak dengan PPSMI.



BATU PAHAT 10 Sept. - Kementerian Pelajaran tidak dapat menerima kajian yang mendakwa lebih 50 peratus ibu bapa mahukan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) diteruskan kerana ia tidak komprehensif dan menyeluruh.

JMM desak Presiden Majlis Peguam letak jawatan

"Majlis Peguam lebih sibuk melibatkan diri dalam isu politik sebaliknya mendiamkan diri tentang masalah penipuan wang ratusan juta yang melibatkan ahlinya"

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini mendesak Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee meletak jawatan secepat mungkin berikutan kegagalan badan itu menjalankan fungsi secara profesional.

The Malaysian Insider dikecam

"Memang sudah menjadi perkara biasa dan kerja The Malaysian Insider memutar-belitkan isu untuk memburukkan kerajaan. Ia semata-mata untuk meneruskan agenda kotor mereka menimbulkan kekacauan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum,"

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah hari ini mengecam tindakan portal berita The Malaysian Insider yang mengeluarkan laporan berbaur fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Majlis Peguam jangan jadi 'kuda tunggangan' parti politik

"Mereka jangan jadi 'kuda tunggangan' mana-mana parti politik. Badan itu juga perlu lebih peka dan segera menyediakan mekanisme membendung salah laku peguam khususnya melibatkan kes penipuan wang pengguna yang berurusan dengan mereka,"

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini hadir untuk memberi keterangan berhubung satu laporan polis oleh Majlis Peguam yang mendakwa pertubuhan itu mencuri harta-benda badan tersebut ketika ahli-ahlinya hadir untuk menyerahkan memorandum, pada 8 Julai lalu.