Wednesday, April 25, 2012

Presiden JMM akui pernah dilatih demonstrasi di Indonesia


BATU PAHAT: Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah (kanan) semalam mengakui beliau antara bekas mahasiswa yang pernah dihantar menjalani latihan mengadakan demonstrasi di Indonesia pada 1998 bagi menentang kerajaan dengan tujuan mencetuskan huru-hara dalam negara.

Malah, Azwanddin berkata, selain Indonesia, mahasiswa negara ini yang dipilih khas untuk mempelajari dan berlatih cara berdemonstrasi turut dihantar ke Korea Selatan dan Filipina, khusus bagi pemindahan 'teknologi demonstrasi' ke negara ini.

Group dares Wan Azizah to sue Aminah


KUALA LUMPUR: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) national director Farahhana Jamaluddin has urged Parti Keadilan Rakyat (PKR) to sue its former Penang wanita chief Aminah Abdullah if her remarks against the party leadership were untrue.

Farahhana yesterday questioned why PKR president Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail and Shamsidar Taharin (PKR deputy president Azmin Ali's wife) chose to remain silent on the relationship between their daughters.

Tuesday, April 24, 2012

JMM dedah anasir luar sokong LGBT


SHAH ALAM - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) akan terus berjuang menentang pengamal seks bebas lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai golongan yang cuba melakukan penghinaan kepada negara dan agama.


Setiausahanya, Tengku Amalluddin Sani berkata, golongan ini semakin membimbangkan kerana mereka telah dikuasai oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang cuba merosakkan akidah umat Islam.




Menurutnya, beberapa pertubuhan turut menyokong dengan memberi dana asing tujuan mempromosikan LGBT dengan lebih meluas. 

Monday, April 23, 2012

3,000 turn up at anti-gay protest


SERDANG: ABOUT 3,000 people demonstrated peacefully at a stadium in Universiti Putra Malaysia yesterday to denounce free sex and lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) practices.

The rally, organised by Jaringan Melayu Malaysia (JMM), was attended by supporters of 18 non-governmental organisations (NGOs) and students from eight institutions of higher learning.

JMM president Azwanddin Hamzah said the turnout was very encouraging.

3000 hadir tolak seks sonsang


SERDANG: Lebih 3,000, termasuk siswa dari lapan institusi pengajian tinggi (IPT) di Universiti Putra Malaysia (UPM) mengadakan perhimpunan aman menolak amalan seks bebas dan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) menular di negara ini.

Bantahan itu diterajui Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang disertai 18 badan bukan kerajaan (NGO) antaranya, Waris Malaya, Aman Kampus, Alumni Aspirasi, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Anti Penyelewengan Selangor, Majlis Permuafakatan Ayahanda Malaysia, Persatuan Veteran Tentera Melayu, Persatuan Orang Muda Bantah Anti Korupsi dan Alam Warisan.

3,500 tentang LGBT, seks bebas


KUALA LUMPUR 21 April - Lebih 3,500 orang diwakili anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO), penuntut institusi pengajian tinggi dan golongan muda hari ini menyertai satu perhimpunan aman yang diadakan bagi menentang habis-habisan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta seks bebas

Perhimpunan anjuran Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di Stadium Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang itu antara lain melahirkan kebimbangan terhadap penularan seks songsang khususnya dalam kalangan generasi muda.