Friday, March 16, 2012

Awasi Perangkap Goethe-Institut & Kumpulan Gay-Lesbian Di Malaysia

Pada tahun 2007, Goethe Institut membantu dana kepada kumpulan Gay dan Lesbian Malaysia untuk membuka tapak mereka yang kemudiannya diterjemahkan menjadi The Annexe Gallery, bersebelahan dengan Central Market, Kuala Lumpur.
The Annexe Gallery turut dibantu oleh badan-badan hak asasi dan kesenian tajaan George Soros dan Japan Foundation.
Jerome Kugan dan Pang Khee Teik merupakan dua individu penting di belakang The Annexe Gallery.

Banteras segera pusat kegiatan gay, lesbian

Saya mendapat tahu tempat-tempat yang selalu dikunjungi oleh golongan gay ialah Tasik Kelana Jaya, Tasik Permaisuri, Taman Miharja dan Pasar Seni (Central Market). 

UMUM mengetahui isu LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual & Transeksual) kian menjadi barah di dalam masyarakat di Malaysia termasuk di kalangan masyarakat Melayu.

Saya sebagai seorang isteri dan ibu terpanggil untuk menulis di ruangan forum ini. E-mel ini bertujuan untuk berkongsi pendapat sahaja.

Tuesday, March 13, 2012

Mahu LGBT diiktiraf: Apabila manusia hilang kewarasan

Perjuangan golongan ini yang berasaskan fahaman liberalisme tidak menghairankan berlaku dalam masyarakat Barat yang menolak atau meninggalkan agama

MESKIPUN pandangan alam antara Islam dan Barat begitu berbeza, namun dari sudut pentakrifan perkahwinan, kedua-duanya sama-sama mengiktiraf bahawa perkahwinan hanya berlaku antara seorang lelaki dengan wanita, dan bukan selainnya.

Bantuan asing 'bantu' penularan LGBT

Sepatutnya, pemimpin dan rakyat perlu menentukan sendiri nilai politik kita kerana apabila berlaku pergantungan kepada bantuan asing, mereka akan sentiasa mencari peluang mengeksport perkara lain termasuk LGBT yang semakin hangat diperkatakan di negara kita

KUALA LUMPUR 12 Mac - Pihak berkuasa digesa memantau dengan teliti aktiviti bantuan asing ke atas parti politik tempatan kerana selain penyaluran dana, entiti kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa juga didapati 'mengeksport' nilai negatif seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Monday, March 12, 2012

Laman sosial platform seks songsang

KUALA LUMPUR 11 Mac – Jaringan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog dikesan menjadi antara platform utama yang menyumbang kepada penularan budaya seks songsang di negara ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menggunakan medium dalam talian itu untuk berinteraksi selain mencari pasangan sejenis.

Penyakit rosakkan bangsa

ALAF ini Malaysia dikejutkan dengan gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang lantang menuntut pengiktirafan atas nama hak asasi selepas mendapat inspirasi daripada pemimpin tertentu.



Malah tanpa segan silu, gerakan ini yang disokong pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang keahliannya rata-rata orang Melayu, cuba menganjurkan Seksualiti Merdeka dan kini menuntut hak tersebut di mahkamah.

Seks songsang pelajar serius

JMM juga turut bimbang sekiranya NGO-NGO yang menyokong LGBT ini mendapat sokongan dari pihak luar kerana selain Amerika Syarikat, negara Israel juga amat menyokong perkara ini sehingga mengadakan program 'Pinkwashing' untuk mempromosikan negara itu sebagai destinasi pelancongan gay

KUALA LUMPUR 10 Mac - Kajian yang dilakukan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendapati sebanyak 21 laporan polis telah dibuat sepanjang tahun lalu berkenaan pembabitan pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kegiatan seks sejenis.