Wednesday, August 18, 2010

Perlantikkan CEO & COO EXIM diragui menepati syarat kelayakan

"Saya terpanggil untuk memberi response terhadap tulisan saudara dan juga oleh seorang ahli politik Pulau Pinang (YB Musa Sheikh Fadhil) dalam akhbar baru baru ini berkenaan dengan keberkesanan ceo ceo GLCs. Walaupun bukan daripada pengurusan kanan kami ingin berkongsi pengalaman dengan saudara tentang prestasi buruk CEO dan COO EXIM Bank M Bhd yang telah diamanahkan oleh Menteri berkenaan untuk meneraju Bank tersebut semenjak 2 tahun yang lalu."

"Kedua mereka telah dilantik kejawatan berdasarkan hubungan mereka dengan Encik Fazlur Rahman Ebrahim , yang kini merupakan CEO Prokhas. Semua orang maklum yang Encik Fazlur merupakan orang kanan Menteri (power broker/relative), yang pada pandangan ramai mengambil kesempatan dengan melantik kroni kroninya di beberapa jawatan penting. Malang sekali, disebabkan oleh pengalaman dan kelulusan yang tidak mencukupi (CEO Exim berkelulusan Geografi) sementara COOnya pula tidak berpengalaman dalam bidang pengurusan/analisa kredit. Disebabkan oleh kekurangan pengetahuan dibidang perbankan, terutamanya pembiayaan projek, maka EXIM Bank telah tidak dapat berperanan untuk menyokong pelabur Malaysia keluar negara sebagaimana yang diharapkan oleh pihak kerajaan. Mereka tidak dihormati kerana tidak berpengetahuan, seperti orang buta memimpin orang celik.
Statistik bolih menunjukkan bagaimana perniagaan teras (pembiayaan) telah menurun semenjak akhir akhir ini disebabkan ketandusan pembiayaan baru. Disebabkan oleh skil yang kurang walaupun banyak permohonan untuk pembiayaan projek di pohon. Mereka mengambil jalan mudah – banyak permohonan ditolak. Permintaan daripada pemohon untuk menemui mereka selalunya tidak dilayan. Sebab itu banyak rungutan daripada usahawan, sehingga Timbalan Perdana Menteri pun memberikan kenyataan akhbar dalam 2 atau 3 bulan yang lalu, mengatakan Exim Bank mungkin akan dinilai semula peranannya. Terlalu banyak rungutan daripada usahawan bagaimana Exim Bank lebih banyak menyusahkan mereka, bukannya menolong mereka. "

"Selain daripada banyak permohonan baru yang terbengkalai, banyak juga pembiayaan untuk projek projek yang sedang berjalan dan berdaya maju telah disekat, menyebabkan projek projek tersebut terbengkalai diluar Negara. Tindakan mereka telah menjejaskan dengan teruk pelaburan yang telah dibuat oleh usahawan Malaysia. Projek projek terbengkalai tersebut juga telah menjejaskan nama baik Malaysia diluar Negara, yang sepatutnya bolih dielakkan jika pengurusan Exim Bank memahami peranan mereka yang sebenar, iaitu membantu, menyokong dan sama sama memahami serta mencari jalan penyelesaian untuk setiap masalah yang timbul, bukannya dengan mengambil jalan mudah seperti menarik balik kemudahan pembiayaan dan menutup pintu rundingan. Setakat ini, sudah beberapa tindakan undang undang telah diambil terhadap Exim Bank dengan jumlah saman berjumlah ratusan juta ringgit, akibat daripada kesilapan pengurusan Bank tersebut. Adalah dipercayai, mereka yang mengambil tindakan undang undang tersebut mempunyai kes yang kuat, dan jika mahkamah menyebelahi mereka, sudah pasti banyak duit pembayar cukai akan dibelanjakan semata mata berpunca daripada keputusan yang silap oleh Exim Bank."


Terima kasih.
Yang benar,
Anti Penyelewengan

- source comment from " lambakan bekas pegawai Danaharta di dlm GLC dated 18-05-2010"



2 comments:

  1. hanya orang bodoh dan tak tahu apa itu organisasi dan apa itu management boleh menulis saperti di atas. orang ini jugak jahil tentang apa itu regulation dan for sure tak tahu wujudnya regulatory body di negara ini, apa itu risk management dan bagaimana sistem perbankan melaksanakan credit risk, credit analysis dan credit evaluation. saya sedih sebab wujudnya melayu sebodoh ini..

    ReplyDelete
  2. Thomas Lew - BangsarAugust 22, 2010 at 3:20 AM

    First, I'm attracted to read this article claiming mismanagement in another GLC's. Thus it is disappointing & most uncomfortable feeling after numerous of government out loud over transparency, this claims reflects that poor management issue has not been pointed and corrected by the government especially Finance Ministry.
    Second, do they the CEO & COO mentioned comply to proffesional certificates that grant the individual to lead credit and finance industry?

    ReplyDelete