P. Waytha Moorthy pemimpin HINDRAF yang tinggal di LONDON merupakan seorang Peguam telah melarikan diri dari Malaysia pada 26 November 2007 kerana takut ditahan dibawah ISA di atas propaganda palsu beliau serta tindakan beliau yang mahukan artikel 153 Perlembagaan Persekutaun dibuang dan menamakan Malaysia sebagai negara sekular dan bukan sebagai Negara Islam.
Beliau lebih dilihat sebagai pemimpin yang mahu menghapuskan Islam dengan menipu kepada dunia bahawa selepas kemerdekaan 1957 bangsa India ditinggalkan oleh British kepada orang Melayu Islam untuk dihapuskan.
Sebenarnya, belaiu sendiri tidak memahami sejarah dan penubuhan Perlembagaan Persekutuan yang telah dicapai melalui kata sepakat dan rundingan oleh pemimpin pelbagai bangsa yang terdahulu seperti Tan Cheng Lock dan VT Sambathan yang mewakili masyarakat India.