Sempena hari Ibu, seluruh warga JMM dan ahli-ahli diseluruh negara mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan SELAMAT HARI IBU kepada seluruh ibu-ibu di negara ini dengan ingatan sekalung penghargaan yang tidak terhingga kerana memberikan sumbangan besar kepada nikmat yang dikecapi oleh kami semua pada hari ini.
Kesabaran mu Ibu melayani kerenah kami sewaktu membesar, menyabarkan Ayah dari merotan kenakalan kami, menyuapkan makan dan minum sewaktu kami terlantar sakit dan tidak berdaya, melindungi kami dari maki dan cerca masyarakat, bertanya kabar tentang pelajaran dan kawan-kawan kami dan tidak pernah kenal erti penat mendidik kami dengan nilai-nilai murni agar kami menjadi seorang insan yang berguna kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.