Sunday, December 18, 2011

SEDAR SEBELUM TERLAMBAT-JMM

Saya dilahirkan sebagai orang Islam, masih beragama Islam dan akan mati sebagai Islam - Kenyataan Ariff Alfian Rosli apabila ditanya stutus agamanya selepas berkahwin dengan pasangan songsangnya baru-baru ini.

Apakah perasaan dan hati ibubapa beliau apabila melihat anak yang mereka besarkan telah songsang dari aqidahnya?



Ariff Alfian Rosli Kahwini Teman Lelakinya Di Dublin


Seorang pelajar Malaysia tajaan PETRONAS yang menuntut di University College Dublin telah berkahwin dengan teman lelakinya yang dikatakan bernama Jonathan di Dublin, Ireland. Ariff Alfian Rosli yang sebelum ini pernah dikhabarkan hilang oleh ahli keluarga. Kemungkinan hilang dan sesat dalam dunia gay. Subahanaallah.


PERTUBUHAN JARINGAN MELAYU MALAYSIA ( JMM ) telah memulakan usaha sejak pertengahan tahun lagi untuk mengingatkan bahawa anasir seks bebas termasuk "lesbian, gay, bisexual, and transgender" harus disekat,ditentang dan di hancurkan. 

Usaha JMM melalui perhimpunan aman ke beberapa tempat telah dilakukan dan menjelajah Masjid di seluruh negara serta mengedarkan risalah sedang dilakukan untuk mengingatkan umat Islam Melayu supaya jangan terpedaya serta terpengaruh dengan pihak yang menganjurkan SEKSUALITI MERDEKALITI. 

Mereka akan terus berjuang untuk memesongkan akidah dan berusaha untuk menghancurkan umat Islam.Gerakan ini sedang berjalan dan didokong oleh kuncu-kuncu  para pemimpin pembangkang.

1 comment:

  1. kenapa perlu memakai sepersalinan Melayu yang kaya dgn adat dan budi?...memalukan!!!

    ReplyDelete