Saturday, June 19, 2010

Dato Mohd Bakke Saleh pernah Rugikan LTH?

Baru-baru terdapat ada beberapa Ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengan perlantikkan individu yang sama memegang jawatan-jawatan yang penting di dalam GLC (Government-linked Companies) ataupun GLIC (Government-linked Investment Companies).

Salah seorang yang telah dinamakan ialah Dato’ Mohd Bakke Saleh, Pengerusi Bank Islam, Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Venture Holding Sdn. Bhd. (Felda Global). Pengumuman perlantikan beliau sebagai CEO Sime Darby mendapat reaksi yang berbeza dari golongan kongelemerat dan ahli-ahli politik.

JMM sebelum ini mempersoalkan mengenai isu perlantikan individu yang sama memegang jawatan di dalam GLC lain dilantik ke jawatan penting di dalam GLC lain pula. Mampukah beliau menjalankan tugas kepada 3 GLC gergasi yang melibatkan kepentingan rakyat?

Tuesday, June 15, 2010

Melayu Perlu Bangkit Pertahan Hak - Tun Dr M

KUALA TERENGGANU 14 Jun – Masa depan orang Melayu kini dalam keadaan amat genting dan cemas apabila kaum itu semakin kehilangan kuasa yang akhirnya akan menerima nasib seperti minoriti Melayu di Singapura.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, jika kaum Melayu di negara ini masih belum sedar untuk bangkit mempertahankan hak mereka, tidak mustahil kaum itu akan menjadi kaum minoriti di negara sendiri.
“Kita (orang Melayu) dalam keadaan amat genting, bukannya kita (bangkit) untuk merusuh tapi dari segi hak, kita sudah terhakis. Tidak banyak lagi kekayaan yang dinikmati oleh kita.
“Sedarlah dan bangkitlah agar kita sama-sama susun langkah, bukannya merusuh tapi untuk menuntut hak kita,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan Melayu Bangkit anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) di Stadium Negeri di sini hari ini.

Monday, June 14, 2010

'Sikap berdiam Sime jejas integriti"

KUALA LUMPUR 12 Jun - Sikap ahli lembaga pengarah Sime Darby Berhad (Sime Darby) yang berdiam diri berhubung isu kerugian lebih RM1.63 bilion konglomerat itu menjejaskan integriti kaum Melayu di negara ini.
Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, ini kerana lebih 50 peratus daripada ahli lembaga pengarah itu merupakan tokoh korporat Melayu dan sehingga kini tiada seorang pun yang memberi penjelasan.
Justeru, katanya, keadaan itu boleh menimbulkan pelbagai persepsi di kalangan masyarakat bahawa para pemimpin Melayu tidak mampu bekerja dengan baik serta enggan bertanggungjawab ke atas sesuatu kesalahan.

Kenyataan Media - Lembaga Pengarah Tunjukkan Intergriti

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berasa amat kesal dan kecewa dengan sikap Ahli Lembaga Pengarah Sime Darby yang kini masih lagi tidak tampil memberikan penjelasan mengenai kerugian yang ditanggung oleh Sime Darby sebanyak RM1.63 billion.

Sebagai Pengarah di dalam syarikat GLCs, mereka telah diamanahkan untuk menjaga kepentingan kerajaan dengan memastikan syarikat-syarikat GLCs ini diurustadbir dengan effektif dan effisien.

JMM khuatir dengan sikap berdiam diri Ahli Lembaga Pengarah Sime Darby akan menunjukkan satu perbandingan yang tidak baik kepada Pengarah-Pengarah di dalam GLC yang lain. Jika mereka ini yang rata-ratanya dihormati dan dijadikan idola oleh golongan muda membisu dengan kerugian yang ditanggung oleh Sime Darby, bagaimana pula dengan Pengarah-Pengarah yang lain didalam GLCs yang mengalami kesilapan yang sama?

Sunday, June 13, 2010

Musa didesak berhenti lindungi lembaga pengarah Sime Darby

KUALA LUMPUR 11 Jun - Pengerusi Sime Darby Berhad, Tun Musa Hitam didesak supaya berhenti menggunakan pengaruhnya bagi melindungi ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan daripada memberi penjelasan berhubung kerugian yang ditanggung oleh konglomerat tersebut.
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir mendakwa, tindakan membisu oleh semua ahli lembaga pengarah berhubung kerugian yang dialami Sime Darby, adalah kerana mereka berasa selesa dengan jaminan perlindungan daripada bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

"Beliau (Musa Hitam) tidak boleh berterusan melindungi ahli lembaga pengarah. Sepatutnya selaku pengerusi, beliau kena mendesak semua ahli lembaga pengarah Sime Darby memberi penjelasan berhubung kerugian yang ditanggung oleh syarikat milik kerajaan (GLC) ini.