PERINGATAN keras Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar agar hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera tidak terus dicabar wajar dihormati oleh semua pihak yang selama ini begitu lantang mempertikaikannya.
Pihak-pihak berkenaan bukan setakat lantang mencabar hak-hak istimewa Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan, malah makin berani menyentuh kuasa-kuasa raja.
Malah, dalam sesetengah keadaan seperti mana yang pernah berlaku di Perak, tindak-tanduk pihak pembangkang telah sampai ke peringkat menghina kuasa dan martabat Sultan.
Ini bukan kali pertama peringatan sedemikian dikeluarkan, malah kebimbangan pihak istana mengenai isu yang sama pernah dititahkan oleh sultan-sultan negeri lain termasuk Selangor, Perak dan Perlis.
Walaupun baru mengambil alih tampuk pemerintahan daripada ayahanda baginda, Sultan Ibrahim mungkin merasa perlu untuk menitahkan kenyataan keras itu bagi menyedarkan semua pihak terbabit.
Tragedi berdarah tahun 1969 yang dibimbangi oleh baginda boleh berulang pada masa-masa akan datang dan mungkin keadaannya lebih tragis jika kita membiarkan pemimpin kaum lain terus memberi tekanan politik agar Melayu melepaskan hak-hak istimewa mereka.
Berdasarkan sikap yang ditunjukkan oleh ramai pemimpin Melayu sekarang terutama yang berada dalam parti pembangkang seperti Pas dan Parti Keadilan Rakyat, hak-hak istimewa Melayu dan bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan, mungkin satu hari nanti boleh terlepas seperti mana yang diperjuangkan DAP.
Lihat saja reaksi yang pernah dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin kanan pembangkang seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang makin condong kepada perjuangan rakan politik mereka iaitu DAP.
Di manakah suara Anwar ketika orang Melayu di negerinya iaitu Pulau Pinang makin dipinggirkan di bawah pemerintahan pembangkang ditunjangi DAP.
Pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu (NGO)yang lantang membela nasib Melayu dilabel sebagai rasis oleh pemimpin dari bangsa mereka sendiri dan NGO seumpama itu dianggap musuh dan perlu diperangi.
Tentunya kita merasa hairan, di mana suara pemimpin Melayu seperti Azmin Ali apabila golongan extremis daripada kaum lain menghina dan mencabar hak-hak bangsa mereka.
Pemimpin pembangkang seperti Azmin lebih rela menjadi juara bagi kaum lain kerana merasakan undi golongan itu boleh mencorakkan suasana politik negara terutama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Misi utama mereka ialah untuk menawan Putrajaya dengan sokongan padu orang Cina dan India. Dalam menjayakan misi itu, pemimpin Melayu pembangkang sanggup mengorbankan hak-hak orang Melayu, kedudukan Sultan, malah kesucian agama Islam seperti dalam isu kalimah Allah dan isu 'tazkirah' pemimpin DAP di ruang solat surau.
Mungkin bagi Melayu berfahaman liberal, mereka menganggap peringatan demi peringatan oleh sultan-sultan dan pemimpin-pemimpin NGO Melayu sebagai agenda UMNO untuk terus berkuasa atau kenyataan 'lapuk' yang tidak lagi relevan dengan peredaran masa.
Pemimpin Melayu pembangkang semakin lantang menyokong misi DAP kerana mereka telah menguasai banyak masjid dan surau di seluruh negara melalui imam-imam dan ustaz-ustaz yang pro-Pas.
Hanya mereka lupa bahawa tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika lahir lebih banyak NGO yang lebih 'rasis' daripada Perkasa dan golongan Melayu yang merasakan mereka dipinggir dan dianiayai oleh pemimpin dan golongan elit Melayu yang sepatutnya melindungi dan mempertahankan hak-hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan.
Bagi mengelak sebarang kemungkinan buruk berlaku, peringatan Sultan Johor perlu dijadikan renungan. ''Kita harus bertolak ansur jika ingin hidup makmur dalam negara yang berbilang bangsa ini,'' titah Sultan Ibrahim.
No comments:
Post a Comment