Saturday, September 29, 2012

Laporan Polis terhadap Sukarelawan Kami Prihatin


SHAH ALAM: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan anak syarikatnya, Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) membuat laporan polis terhadap Badan Bukan Kerajaan (NGO), Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berhubung pengedaran surat permohonan pengambilalihan hutang perumahan di kalangan pembeli rumah PKNS dan SIC.

Suaram trio told to explain foreign funding


KUALA LUMPUR: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) is calling on PKR leader Tian Chua and Suara Rakyat Malaysia director Kua Kia Soong and co-founder R. Sivarasa to explain to Malaysians why Suaram is allegedly funded by foreign parties.

JMM desak SUARAM perjelas isu


Kuala Lumpur: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengulangi desakan supaya Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menjelaskan kepada rakyat mengenai tindakannya menerima dana asing.

Presidennya, Azwanddin Hamzah turut mempersoalkan tindakan SUARAM membenarkan pihak asing mencampuri urusan politik Malaysia dan memfitnah pemimpin negara.

Desakan Rakyat


KUALA LUMPUR: Desakan rakyat yang mahukan kepastian dan kedudukan sebenar siasatan antara sebab utama dana diperoleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) didedahkan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tubuh agensi khas urus isu dana asing


KUALA LUMPUR 26 Sept. - Kelewatan mengenakan tindakan terhadap Suaram membuktikan satu badan khas perlu ditubuhkan bagi mengurus dan menangani jenayah melibatkan dana asing.

Segera ambil tindakan terhadap Pengerusi DAP Perak


KUALA LUMPUR 24 Sept. - Pihak berkuasa perlu segera mengambil tindakan tegas terhadap Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham agar perkara yang menyentuh sensiviti umat Islam itu dijadikan pengajaran dan tidak berulang lagi pada masa depan.

Malaysiakini tali barut pihak asing


KUALA LUMPUR 24 Sept. - Penglibatan Malaysiakini dalam menyebarkan agenda asing menerusi laporan berita bertopengkan nilai demokrasi membuktikan peranan portal propembangkang itu sebagai tali barut kepada pihak luar yang mahu menguasai negara.

Kebal hasil bantuan dana asing?


Ahli-ahli Suaram bersama peguam menunjukkan kenyataan akhbar bagi membuat laporan polis terhadap campur tangan menteri dalam siasatan polis terhadap Suaram di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 20 September lalu. 
NAMA Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang sebelum ini kurang dikenali rakyat Malaysia, kini nampaknya lebih popular berbanding ahli-ahli politik tanah air.

Monday, September 24, 2012

Sejarah pahit boleh berulang


KUALA LUMPUR 23 Sept. - Sejarah pahit yang pernah ditempuh orang Melayu semasa negara dijajah kuasa-kuasa asing boleh berulang sekiranya mereka tersalah percaturan dalam gelanggang politik.

Malaysiakini turut terlibat agenda asing - Dr. M


KUALA LUMPUR 23 Sept. - Portal propembangkang, Malaysiakini dilihat turut terlibat dalam agenda asing untuk menguasai politik negara dan menukar kerajaan sedia ada melalui laporan berita bertopengkan nilai demokrasi serta kebebasan bersuara.