Sunday, July 25, 2010

Siasat surat terakhir Beng Hock

Oleh raja syahrir abu bakar syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 Julai – Pihak berkuasa diminta segera menyiasat kewujudan surat terakhir tulisan tangan dalam bahasa Cina oleh Teoh Beng Hock sebelum dia ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shah Alam, tahun lalu.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, kewujudan surat itu penting kerana ia berupaya membuktikan bahawa Beng Hock pada waktu itu menghadapi tekanan serta diugut bunuh oleh pihak tertentu dan bukannya SPRM.

‘‘Kewujudan surat tersebut perlu disiasat supaya mendiang Beng Hock dan SPRM mendapat inkues yang adil sementara peguam-peguam yang mewakili inkues tersebut tidak dipengaruhi oleh agenda jahat yang mahu memecahbelahkan perpaduan dalam negara.

‘‘Pelbagai pihak termasuk portal propembangkang, The Malaysian Insider, Malaysiakini dan Malaysia Today telah menyiarkan artikel yang menyalahkan SPRM dan kerajaan dengan mendakwa mendiang telah dibunuh oleh pihak SPRM,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Azwanddin mengulas tentang maklumat yang diperolehi JMM berhubung kewujudan surat terakhir ditulis Beng Hock sebelum ditemui mati yang kononnya menyatakan dia pada masa itu menghadapi tekanan serta menerima ugutan bunuh.

Kewujudan surat berkenaan turut didedahkan oleh beberapa blog termasuk blog Gerakan Anti PKR.

Azwanddin turut mempersoalkan kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan surat itu pada sesi inkues kes berkenaan sehingga kini.

5 comments:

  1. Satu lagi pembohongan dari UMNO dan kerajaan BN!

    You will reap what you've sow!

    If you don't understand english all you Melayu hypocrites...KARMA!

    ReplyDelete
  2. penyata PALSU UNBO PUKIMAK!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Another FABRICATION & LIES from the BN govt!

    Hope this won't cost you on the holy month....

    ReplyDelete
  4. Elwan Bukan AnonymousAugust 13, 2010 at 3:46 AM

    Semua anonymous...?tapi amat bacul...kita siasat dlu...panggil semua pakar yahudi yang menaja B.A.B.I untuk periksa the letter..lies u say..?we'll let the evidence speak for it self...the dead has spoken & it will silent all u Perompak Rakyat Supporters...Salam...

    ReplyDelete
  5. nak tanam bukti pun tak tau, kesian.

    nak kerja, tak larat, nak bodoh, tak tahu.

    ReplyDelete