Tuesday, March 1, 2011

'Sudah-sudahlah Nik Aziz, tutup mulut'

"Nik Abdul Aziz sebelum ini pun sudah banyak mengeluarkan fatwa songsang dan mengelirukan. Dia sebenarnya tidak sayang agama,"


KUALA LUMPUR 28 Feb. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini digesa supaya menutup mulutnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mengelirukan berhubung kedudukan orang Melayu di negara ini.

Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, Mursyidul Am Pas itu juga tidak sepatutnya mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang mementingkan orang Melayu lebih daripada agama.