Friday, March 11, 2011

JMM Terbit Rancangan Televisyen Tangkis Tanggapan Buruk Pada Kerajaan

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) akan menerbitkan sebuah rancangan televisyen berjudul "Antara Dua Garisan" untuk tayangan di Malaysia dan Indonesia, bertujuan menangkis persepsi negatif masyarakat terhadap kerajaan kedua-dua negara.

Thursday, March 10, 2011

Setuju Nik Aziz sama dengan Ayah Pin

Yang di sentuh bukan bab hukum hakam, tapi bab ketaksuban ramai pengikut TGNA. Apa jua yang di katakan, di lakukan olih Tuan Guru di anggap sebagai benar. saya bercakap dengan saorang pengikut beliau. Dia kata, YGNA adalah saorang yang ilmu nya terlalu tinggi untuk kita semua, jadi walaupun apa yang di katakan itu bercanggah dengan pendapat ulama lain, kita mesti ikut. kerana TGNA berilmu terlalu tinggi. 

Sunday, March 6, 2011

Imej Nik Aziz sama Ayah Pin?

"Mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa boleh ditegur oleh pengikutnya kerana 'kesucian' mereka itu,"


KUALA LUMPUR 5 Mac - Imej Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh disamakan dengan pengamal ajaran sesat, Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.

Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin berkata, kedua-dua pemimpin tersebut mempunyai persamaan kerana mengaburi mata pengikutnya demi memuaskan segala nafsu mereka.


Khalid dahului kuasa sultan?

KUALA LUMPUR 3 Mac - “Kurang ajar, biadab dan menjatuhkan imej raja-raja Melayu.” Demikian tegas beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menganggap tindakan mendahului bidang kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pengumuman pelantikan Canselor Universiti Selangor (Unisel) sebelum ini adalah perkara yang biasa.