Wednesday, June 30, 2010

KSU paling berkuasa....

SEBENARNYA sudah lama Awang mahu lontarkan hal ini. Tentang seorang Ketua Setiausaha (KSU) di sebuah kementerian yang dikatakan begitu berkuasa sehingga membuat banyak percaturan mengikut apa yang beliau suka.

Ramai yang resah, kecewa dan marah dengan tindak-tanduk beliau termasuk daripada kalangan pegawai dalaman. Malah ada yang membuat dakwaan serius terhadap KSU berkenaan, yang melibatkan soal integriti dan kecelaruan tadbir urus. Khabarnya, jika dibuat undian sulit di kalangan pegawai dan kakitangan semua peringkat di kementerian tersebut apakah wajar KSU itu dikekalkan, keputusannya pasti majoriti mahukan perubahan.

Monday, June 28, 2010

KSU paling berkuasa.... Mencemar nama Menteri dan Kementerian

Jaringan Melayu Malaysia ingin mengulas dan memberikan cadangan mengenai rencana yang telah ditulis oleh Awang Selamat di dalam akhbar Utusan Malaysia di dalam ruangan Bisik- Bisik Mingguan bertarikh 27hb Jun 2010 mengenai KSU paling berkuasa…

JMM amat bersetuju dengan pendapat yang telah beliau tulis mengenai tindak-tanduk Ketua Setiausaha (KSU) yang digelar Napoleon kecil di kementerian yang tidak menjalankan tugas dengan integriti bukan sekadar bermaksud menghindari dari perlakuan rasuah dan salah guna kuasa yang melibatkan wang ringgit. Integriti merangkumi skop yang lebih luas seperti integriti dalam pengurusan masa, integriti dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, integriti dalam menyampaikan maklumat dan sebagainya.

Sunday, June 27, 2010

Pandai Di atas Kertas tapi Perlaksanaan Hancur!

Perubahan-perubahan yang telah dilakukan oleh Dato Mohd Bakke Saleh di dalam Felda Global Ventures Holdings:

• Menamatkan & memansuhkan Sistem kontrak-kontrak kecil (bekalan tenaga kerja dan jentera) dan dilakukan oleh Ladang dgn matlamat Ladang akan menjimatkan kos operasi dan pengeluaran.

Bekalan Tenaga Kerja kpd Ladang - Felda kena bayar

• Di atas kertas - Ladang akan membuat keuntungan dengan melakukan sendiri kerja-kerja kontrak kecil yg dahulunya diberikan kpd kontraktor-kontraktor.

• Perlaksanaan -
o Buruh Asing - Buruh dari Bangladesh dibayar gaji RM26.00 sehari berbanding pekerja tempatan RM20.00 sehari dibawa masuk oleh syarikat / agen yg dilantik.

o Tempat Tinggal - Penginapan pekerja perlu disediakan. Maka kontraktor baru akan dibawa masuk membina tempat tinggal. Bayaran diberikan kpd kontraktor jauh lebih banyak berbanding dgn kemudahan yg disediakan dan layak dipanggil "setor".