Friday, October 8, 2010

HINDRAF putarbelit titah Baginda DYTM Sultan Johor

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) melahirkan rasa marah dengan sikap dan tindakan biadap oleh P. Waytha Moorthy , Pengerusi HINDRAF yang berpengkalan di London tentang kenyataan beliau memarahi DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang memberi nasihat dan teguran kepada semua pihak untuk tidak mencabar Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan P.Waytha Moorthy jelas juga dibuat dengan niat memutarbelit titah DYMM Sultan Johor dengan tanpa menilai titah Baginda yang sebenarnya.

JMM memberi amaran kepada beliau supaya tidak mengeluarkan kenyataan memperkecilkan dan mempersendakan keistimewaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

JMM menyokong teguran yang telah dititahkan oleh Sultan Johor yang menyatakan bahawa “akhir-akhir ini ada pihak yang begitu ghairah memperjuangkan kaumnya dan mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu yang telah diperuntukkan sekian lama dalam perlembagaan.

“Mereka ini adalah golongan yang cetek akal dan hanya bercakap mengikut selera sendiri tanpa meneliti sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan.

P.Waytha Moorthy jelas mempunyai niat jahat dengan menamakan DYMM Tuanku Sultan Johor sebagai jurucakap kepada PERKASA. Ini adalah satu perbuatan fitnah yang sengaja dilakukan untuk tujuan menghasut rakyat bagi mempertikaikan kuasa dan kedudukan Raja-Raja Melayu yang bebas untuk menyampaikan pandangan dan pendapat.

Kenyataan beliau juga jelas memutar belit kenyataan yang dititahkan oleh DYMM Tuanku Sultan Johor iaitu “keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu tidak menghalang hak kaum lain malah kaum lain juga diberi hak dan jaminan dalam perlembagaan”

JMM meminta pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap P.Waytha Moorty di atas tindakan beliau menuduh dan mempalsukan fakta bahawa Raja-Raja Melayu tidak menerima bangsa-bangsa lain di negara ini serta beliau mesti dibawa kepada pengadilan kerana sengaja memutarbelit kenyataan asal DYMM Tuanku Sultan Johor.

No comments:

Post a Comment