Monday, November 28, 2011

DIBATALKAN PERHIMPUNAN ANTI LGBT SEKS BEBAS 2.0 ESOK

JMM mengambil keputusan untuk MEMBATALKAN PERHIMPUNAN ANTI LGBT SEKS BEBAS 2.0 yang dijadualkan esok 29hb Nov 2011 jam 10 pagi dari Persimpangan Tugu Negara ke Parlimen.

Keputusan membatalkan ini dibuat memandangkan JMM tidak mahu berlaku pertembungan dengan mana-mana perhimpunan yang dijalankan oleh pembamgkang di kawasan yang berhampiran.

Ibu bapa, guru berhimpun bantah promosi seks songsang

Gerakan secara berterusan bagi memberikan kesedaran kepada ibu bapa, penduduk dan masyarakat terdapat gerak kerja khusus untuk menolak dan membantah pihak yang mahu mempromosikan gaya hidup songsang itu secara rasmi dan terancang, sekali gus mampu mempengaruhi anak-anak

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 ibu bapa, guru dan pelajar daripada empat sekolah sekitar ibu negara berhimpun di depan Sekolah Kebangsaan (SK) Ampang, di sini semalam bagi menyuarakan bantahan terhadap golongan yang mahu mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) secara terbuka. 

JARINGAN Melayu Malaysia (JMM) and the Putrajaya 4B Youth Movement protested against the Seksualiti Merdeka festival for lesbians, gays, bisexuals and transsexuals (LGBT) here yesterday

We hope  more NGOs will join us in our quest to inform parents and youth about the festival

JMM president Azwanddin Hamzah said the protest was not a political gimmick. "It is to prevent negative values from spreading among the young  and destroying their morals.  

Bantahan terhadap gaya hidup gay, lesbian diteruskan

Kita mengadakan bantahan ini bukan berpihak kepada mana-mana parti politik, tetapi sebagai umat Islam, ia bersangkut paut dengan akidah remaja terutamanya anak-anak kita

PUTRAJAYA 26 Nov. - Bantahan terhadap kumpulan yang mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) diteruskan lagi apabila tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan aman di luar pusat beli-belah Alamanda hari ini.

Ibu bapa perlu peka kelakuan anak-anak - JMM

Justeru, JMM akan turut bekerjasama dalam usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk menentang perkara tersebut daripada terus berlaku di negara ini

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Ibu bapa perlu lebih peka memerhati tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak terjebak dengan aktiviti yang boleh merosakkan akidah.

Seksualiti Merdeka: Tentangan akan diteruskan. ANTI LGBT SEKS BEBAS 2.0 pd 29hb Nov 10:00 pagi

Kita juga memberi amaran kepada pihak terbabit supaya menghentikan terus semua usaha untuk memperjuangkan hak asasi yang tidak berasas ini

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Program mempromosikan seks bebas Seksualiti Merdeka 2011 yang memperjuangkan kebebasan dan amalan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di negara ini akan terus ditentang sehingga ia berkubur.

Sunday, November 27, 2011

PERHIMPUNAN ANTI LGBT SEKS BEBAS 2.0

JMM mengadakan PERHIMPUNAN ANTI LGBT SEKS BEBAS 2.0 pada 29hb (Selasa) November 2011 jam 10:00 pagi. Perhimpunan ini akan bermula dari Tugu Negara dan bakal disertai oleh beberapa NGO, pemimpin-pemimpin masyarakat, YDP PIBG Sekolah-Sekolah, tokoh-tokoh dan individu yang mahu ancaman LGBT dan SEKS BEBAS ini ditangani segera oleh semua pihak.