
Pada masa yang sama Kerajaan British juga menandatangani perjanjian yang sama dengan Amerika Syarikat mengesahkan mandat yang telah diberikan kepada Agensi Yahudi. Semenjak itu Kongress Zionist telah merancang untuk menduduki keseluruhan dua wilayah iaitu Negara Palestine yang sememangnya dibina untuk Negara Israel yang moden terdiri dari West Bank, Gaza dan Transjordan (sekarang dikenali Jordan) dan wilayah Mesopotamia yang dikenali dengan nama Iraq sekarang.