Thursday, September 9, 2010

Malaysian Insider, BENDERA didakwa ada hubungan

KUALA LUMPUR: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) membuat laporan polis terhadap Malaysian Insider dan mengemukakan bukti yang mengaitkan portal berita itu dengan Kumpulan Bendera Demokrasi Rakyat (BENDERA), Indonesia.

JMM yang diketuai Yang Dipertuanya, Azwanddin Hamzah; Setiausaha Agung Tengku Amalluddin Sani dan ahli jawatankuasa lain membuat laporan di Balai Polis Travers, di sini pada jam 2.30 petang semalam. Katanya, bukti diserahkan kepada polis itu membabitkan dua dokumen dan satu gambar, tetapi ia tidak boleh didedahkan kepada media dan umum kerana dikategorikan sebagai sulit. “Ketiga-tiga bukti itu dialamatkan oleh seseorang kepada saya melalui pos, tetapi tidak mengetahui dari mana dan siapakah individu berkenaan.

“Saya sepatutnya mendedahkan dokumen itu kepada media selepas membuat laporan, tetapi pihak polis menasihati saya supaya tidak berbuat demikian kerana ia dikhuatiri boleh mengganggu siasatan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan.

Beliau berkata, hubungan Malaysian Insider dan BENDERA boleh memberikan kesan buruk kepada kepentingan negara.

Sehubungan itu, katanya, beliau meminta Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq menjelaskan hubungan beliau dengan Datuk Seri Kalimullah Hassan, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Ketua Pegawai Eksekutif Metro TV Indonesia, Surya Paloh dan penulis New Straits Times Singapore, Riongkali.

-source Berita Harian Online 2010/09/08

No comments:

Post a Comment