Tuesday, September 7, 2010

JMM serah bukti kepada Polis kaitkan The Malaysian Insider dengan Bendera

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menyambut baik kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pada 4 September 2010 bahawa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bersedia menyiasat portal The Malaysian Insider yang didakwa mempunyai hubungan dengan 3 pemimpin Batak Kristian BENDERA jika menerima lapuran dari mana-mana pihak.

JMM hari ini telah membuat lapuran Polis terhadap Malaysian Insider dan juga mengemukakan bukti kepada pihak Polis mengenai hubungan Malaysian Insider dengan BENDERA.

JMM memohon jasabaik Jahabar Sadiq untuk memberikan penjelasan terlebih dahulu mengenai hubungan beliau dengan Dato Kalimullah Hassan, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Surya Paloh Ketua Pegawai Eksekutif Metro TV Indonesia dan penulis Riongkali dari NST Singapore.

Ini penting supaya penyiasatan dan tindakan pihak Polis boleh dibuat tanpa tekanan dari pihak pembangkang yang mungkin mempunyai kepentingan di dalam perkara ini.

Rakyat Malaysia perlu mengetahui latarbelakang politik Jahabar Sadiq sebelum pihak berkuasa menjalankan siasatan .



Yang Benar,

“Jujur & Amanah Satu Perjuangan”

Azwanddin Hamzah

Yang DiPertua