Wednesday, December 26, 2012

JMM minta SKMM tak pilih bulu


KUALA LUMPUR 14 Dis. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta tidak memilih bulu atau mengambil tindakan dalam isu-isu terpilih sahaja.


Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, perkara itu dapat dilihat dalam tindakan SKMM ketika ini yang bertegas terhadap syarikat telekomunikasi berhubung masalah talian telefon mudah alih tiba-tiba terputus atau dropped calls.

"Nampaknya dalam isu-isu komersial, SKMM mampu tunjuk garang dengan memberi kata dua.

"Tetapi apabila berdepan dengan isu politik dan salah laku portal propembangkang, Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi dan Ketua Pegawai Pembangunan Industri dan Sumber Perancangan SKMM, Datuk Ali Hanafiah terus menjadi seperti tikus," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas amaran keras SKMM semalam yang memberi kata dua kepada syarikat telekomunikasi untuk menyelesaikan segera masalah talian telefon mudah alih yang tiba-tiba terputus atau berdepan tindakan undang-undang.

SKMM sebelum ini menerima pelbagai aduan berhubung masalah itu dan akan mengambil tindakan segera dengan menjalankan ujian di kawasan-kawasan yang dinyatakan pengadu.

Tambah Azwanddin, portal propembangkang banyak menabur fitnah sehingga menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara tetapi SKMM hanya membisu seribu bahasa.

"Apakah aktor-aktor dalam SKMM takut pekung sendiri dilondehkan pembangkang?

"Sudah beberapa kali aduan dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk JMM, malangnya tiada tindakan diambil," katanya.

Beliau menambah, sikap SKMM itu jelas menunjukkan suruhanjaya tersebut mengamalkan sikap pilih bulu dalam mengambil tindakan


Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment