Wednesday, December 26, 2012

JMM desak Imigresen jawab


KUALA LUMPUR 9 Dis. - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menuntut penjelasan Jabatan Imigresen sama ada benar dakwaan serbuan hanya dibuat terhadap agensi pekerja asing yang enggan berdaftar dengan Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa).


Pengarah Kebangsaannya, Noraini Abdul Khalil Saferi berkata, penjelasan itu perlu berikutan pihaknya menerima beberapa aduan berkaitan perkara tersebut.

Menurut beliau, Ketua Pengarah Imigresen wajar memberikan penjelasan segera mengenai kebenaran dakwaan bahawa agensi itu mempunyai hubungan rapat dengan Papa.

"Pada masa sama, kami juga meminta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sama ada wujud elemen dan gejala rasuah.

"Hal ini penting memandangkan industri pekerja asing telah menjadi lumayan sehingga membebankan rakyat dan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noraini meminta kerajaan mengkaji semula sistem pengambilan pekerja asing yang memberi manfaat kepada semua pihak termasuklah pekerja asing, majikan dan ekonomi kedua-dua negara terlibat.

"Kita tidak boleh benarkan lagi pihak lain 'cekik darah' daripada pekerja-pekerja asing dan golongan majikan," jelasnya.


Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment