Saturday, September 29, 2012

Laporan Polis terhadap Sukarelawan Kami Prihatin


SHAH ALAM: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan anak syarikatnya, Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) membuat laporan polis terhadap Badan Bukan Kerajaan (NGO), Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berhubung pengedaran surat permohonan pengambilalihan hutang perumahan di kalangan pembeli rumah PKNS dan SIC.


PKNS diwakili Pegawai Undang-undangnya, Silawati Mat Jusoh dan SIC diwakili Pengurus Besarnya, Zulkefli Khaled membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, pada jam 2.30 petang semalam.


Silawati berkata, kandungan surat bertarikh 15 September 2012 serta mempunyai logo JMM yang diterimanya pada jam 8.30 pagi, Selasa lalu itu cuba memfitnah PKNS dan anak syarikatnya serta berniat jahat untuk menjatuhkan perbadanan itu.