Saturday, September 29, 2012

JMM desak SUARAM perjelas isu


Kuala Lumpur: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengulangi desakan supaya Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menjelaskan kepada rakyat mengenai tindakannya menerima dana asing.

Presidennya, Azwanddin Hamzah turut mempersoalkan tindakan SUARAM membenarkan pihak asing mencampuri urusan politik Malaysia dan memfitnah pemimpin negara.


"Pengarah SUARAM, Kua Kia Soong, bekas pemimpinnya R Sivarasa dan Tian Chua perlu memberi penjelasan segera mengenainya," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.


Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mendedahkan SUARAM menerima RM570,000 daripada, George Soros.

Peruntukan daripada Open Society Institute yang berpangkalan di New York itu mula disalurkan sejak 2005 hingga tahun lalu, dan menjadi penyumbang utama kepada SUARAM menerusi Suara Insiatif Sdn Bhd (SISB).

Sehubungan itu, Azwanddin mahu Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tan Sri Mohd Shukor Mahfar menyiasat ketiga-tiga individu terbabit sama ada membayar atau tidak cukai hasil pendapatan diterima daripada Soros.

Sementara itu, Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kasim mencabar SUARAM mendedahkan nama individu didakwa membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat akuan bersumpah untuk memfitnah Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment