KUALA LUMPUR 24 Sept. - Penglibatan Malaysiakini dalam menyebarkan agenda
asing menerusi laporan berita bertopengkan nilai demokrasi membuktikan peranan
portal propembangkang itu sebagai tali barut kepada pihak luar yang mahu
menguasai negara.
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, hakikatnya
penubuhan Malaysiakini adalah kerana kegagalan pihak luar, khususnya golongan
Yahudi untuk mengawal media tempatan dalam menyebarkan agenda mereka.
Katanya, dalam situasi negara-negara jiran seperti Indonesia serta Thailand
tewas dengan strategi golongan berkenaan, media tempatan cukup kuat melawan
penyebaran agenda pihak luar.
Kalau kita lihat, strategi pihak asing terutamanya Yahudi untuk menguasai
dunia adalah menerusi kewangan dan media. Kita boleh lihat kaitannya hari ini,
Malaysiakini juga dikaitkan dengan penerimaan dana daripada penyangak mata wang,
George Soros.
Ini bukannya perkara baru, ia berlaku di seluruh dunia, tetapi media
tempatan cukup kuat untuk melawan hasutan tersebut. Saya melihat Malaysiakini
merupakan bentuk baru tali barut dalam penyebaran agenda serta propaganda
pihak asing di negara ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini
hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad
mengenai penglibatan Malaysiakini dalam agenda asing untuk menguasai politik
negara dan menukar kerajaan sedia ada melalui laporan berita bertopengkan nilai
demokrasi serta kebebasan bersuara.
Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay
pula menyifatkan Malaysiakini sebagai ejen penyebar propaganda pihak asing di
negara ini.
Katanya, rakyat mungkin tidak sedar tetapi laporan-laporan berita portal
berkenaan yang bertopengkan nilai demokrasi serta kebebasan bersuara merupakan
strategi halus pihak asing untuk menguasai minda masyarakat di negara ini.
Baru-baru ini, Malaysiakini didakwa menerima dana daripada Soros, ini
menguatkan lagi dakwaan bahawa portal berita itu adalah ejen penyebar propaganda
pihak asing. Ini cara pihak luar seperti Soros mahu menceroboh negara kita,"
katanya.
No comments:
Post a Comment