Friday, April 20, 2012

Perhimpunan aman anti-LGBT di UPM petang esok

KUALA LUMPUR 20 April - Orang ramai yang prihatin terhadap penularan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta seks bebas di negara ini dijemput menghadiri Perhimpunan Aman Anti Seks Bebas dan LGBT esok.




Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, perhimpunan yang akan diadakan di Stadium Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang itu akan bermula pada pukul 3 petang.

"Hasil daripada perbincangan dengan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan menyertai perhimpunan, kita telah akur dengan arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tidak menganggu ibu kota dan memilih di UPM.

"Antara program yang akan dijalankan esok adalah perhimpunan aman, ruang bersuara oleh NGO terlibat, pendedahan maklumat-maklumat baharu tentang ancaman LGBT dan siapa di sebalik penularan gejala tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehubungan itu, Azwanddin mengajak semua pihak tanpa mengira latar belakang dan fahaman untuk berganding bahu bersama mereka dalam menyampaikan mesej bahawa rakyat negara ini menolak berhabis-habisan LGBT.

Kata beliau, perhimpunan esok adalah permulaan sebelum pihaknya menjelajah setiap negeri bagi menyampaikan mesej murni itu kepada segenap rakyat di negara ini.

"Perhimpunan ini akan diteruskan selepas ini. Kita akan memastikan yang kita terus konsisten dalam menentang LGBT untuk kepentingan akhlak rakyat di negara ini," katanya. - UTUSAN ONLINE

2 comments:

  1. TONTON PELBAGAI SIARAN TV MALAYSIA ,INDONESIA ,LIVE STREAMING BOLA SEPAK.NET GEO.DISCOVERY CHANNEL.DISCOVERY TURBO,FREE MOVIE DAN PELBAGAI SIARAN MENARIK SILA LAWATI > http://setcast.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. teeeerbaik program JMM kali ni..TANGKAP!!! TANGKAP!!! tangkap AMBIGA!!

    ReplyDelete