"JMM tegas dan memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menyokong usaha-usaha untuk memesongkan aqidah ke arah seks songsang dan seks bebas adalah musuh kepada agama." - Azwanddin Hamzah Presiden JMM
Ancaman dari puak yang menyokong LGBT merupakan satu daripada ancaman kepada pegangan aqidah yang sangat serius kepada umat bangsa di negara ini. Ancaman puak-puak ini mempunyai agenda yang tersembunyi bari merosakkan nila-nilai serta moral anak bangsa pada masa hadapan.
Kegiatan yang dilakukan secara terang-terangnya sewajarnya ditentang habis-habisan oleh masyarakat dan kempen kesedaran yang dijalankan merupakan inisiatif pertubuhan ini menyedarkan masyarakat mengenai ancaman aqidah yang menyongsangkan mereka daripada pegangan agama.
SIRI 4- Masjid Jami’ilhuda Ampang
JMM sekali lagi turun bagi mengedarkan risalah lindungi anak kita dari LGBT dan seks bebas.Kali ini Masjid Jami'ilhuda Ampang menjadi venue pilihan. Masjid ini terletak di Kampung Melayu, Ampang.
Lebih 3000 risalah berjaya diedarkan oleh beberapa Pengarah Kebangsaan JMM bersama Presiden JMM, Azwanddin Hamzah sebaik sahaja selesai solat Jummat pada 30 Disember 2011 lalu.
Usaha yang dilakukan oleh JMM bagi pengedaran risalah selamatkan anak kita dari ancaman LGBT terus mendapat sokongan serta pujian atas usaha murni pertubuhan ini.
Beberapa jemaah masjid yang dikunjungi teruja dengan kempen LGBT itu dengan memberi kata semangat serta sentiasa mendokong usaha JMM yang tidak pernah kenal erti kecewa.
Justeru itu pada Jumaat (30 Disember 2011), JMM akan mengedarkan risalah selamatkan anak anak kita dari ancaman LBGT dan seks bebas ini di kariah Masjid Kampung Melayu Ampang,Selangor. Risalah tersebut akan diedarkan sendiri oleh Presiden JMM, Azwanddin Hamzah serta Pengarah Kebangsaan bersama ahli JMM yang lain selesai sahaja solat Jumaat di masjid tersebut.
JMM juga berharap masyarakat serta mereka yang ingin turut serta mengedar risalah supaya hadir di masjid tersebut pada tarikh dan waktu yang disiarkan ini.
SIRI 3 – Masjid Bukit Indah Ampang
Sejumlah lebih 3000 risalah selamatkan anak kita dari pengaruh LGBT telah diedarkan di perkarangan Masjid Bukit Indah, Ampang,Selangor pada Jumaat , 23 Disember 2011
Risalah menolak seks bebas itu telah diedarkan kepada kariah masjid tersebut selepas selesai solat Jumaat.Ini adalah siri jelajah yang dilakukan oleh Jaringan Melayu Malaysia untuk memdedahkan kepada masyarakat tentang anasir yang menular di kalangan umat Islam di negara ini.
Risalah tersebut diedarkan oleh Presiden JMM,Azwanddin Hamzah sendiri yang turun padang bagi menjalankan usaha murni ini. Selain daripada itu juga Pengarah Kebangsaan serta ahli JMM yang lain turut serta membantu pengedaran risalah tersebut.
SIRI 2- Masjid Darul Ehsan Taman TAR Ampang |
PERTUBUHAN JARINGAN MELAYU MALAYSIA ( JMM ) telah memulakan usaha sejak pertengahan tahun lagi untuk mengingatkan bahawa anasir seks bebas termasuk "lesbian, gay, bisexual, and transgender" harus disekat,ditentang dan di hancurkan.Usaha JMM melalui perhimpunan aman ke beberapa tempat telah dilakukan dan menjelajah Masjid di seluruh negara serta mengedarkan risalah sedang dilakukan untuk mengingatkan umat Islam Melayu supaya jangan terpedaya serta terpengaruh dengan pihak yang menganjurkan SEKSUALITI MERDEKALITI.
Mereka akan terus berjuang untuk memesongkan akidah dan berusaha untuk menghancurkan umat Islam.Gerakan ini sedang berjalan dan didokong oleh kuncu-kuncu para pemimpin pembangkang.
Kempen Kesedaran dan edaran risalah di Masjid Darul Ehsan,Taman TAR Ampang pada Jumaat (16 Disember 2011) |
SIRI 1 – Masjid Al-Ansar Kramat Hulu Kelang
Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM ) meneruskan lagi protes terhadap gerakan lesbian, gay, bisexual, dan transgende ( LGBT ) yang dilihat bakal menjadi duri dalam daging kepada institusi negara.
Perhimpunan seterusnya akan diadakan esok, 16 Disember 2011 selepas solat Jumaat bertempat di Masjid Taman TAR, Ampang.
Presiden JMM, Azwanddin Hamzah sedang berucap selepas solat Jumaat di Masjid Al-Ansar Keramat pada Jumaat (8 Disember 2011)
No comments:
Post a Comment