Thursday, January 5, 2012

Majlis Peguam perlu nyatakan pendirian

Katanya, sikap berdiam diri pertubuhan itu hanya memperlihatkan Majlis Peguam sebenarnya bersama untuk menjayakan 'Kempen Bebaskan Anwar 901'.


''Seharusnya, para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bersikap profesional dengan menunggu keputusan rasmi mahkamah terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa tindakan




KUALA LUMPUR 31 Dis. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Majlis Peguam tampil menzahirkan pandangan mereka berhubung 'Kempen Bebaskan Anwar 901' yang dilihat mahu mencabar kewibawaan institusi kehakiman negara.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, langkah itu penting kepada rakyat yang mahu melihat pendirian sebuah badan yang mahir tentang undang-undang negara sama ada mereka mahu mendaulatkan institusi kehakiman negara atau sebaliknya.

Namun katanya, beliau tidak hairan sekiranya Majlis Peguam hanya akan mengambil pendekatan berdiam diri berhubung isu itu berdasarkan kecenderungan mereka untuk menyebelahi pembangkang.

"Oleh itu, Perkasa mendesak Majlis Peguam termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) tampil menyatakan pendirian berhubung isu ini sama ada mereka mahu mendaulatkan undang-undang negara atau sebaliknya.

"Saya bimbang hanya kerana seorang manusia, perasaan kasih dan sayang rakyat terhadap negara akan hilang," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahimyang mendesak Majlis Peguam menyatakan pendirian berhubung 'Kempen Bebaskan Anwar 901' yang mengajak orang ramai menyertai demonstrasi pada 9 Januari ini.

Desakan sama dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Salleh yang mahu melihat pendirian Majlis Peguam berhubung kempen itu atas kapasitinya sebagai sebuah badan bebas.

Katanya, sikap berdiam diri pertubuhan itu hanya memperlihatkan Majlis Peguam sebenarnya bersama untuk menjayakan 'Kempen Bebaskan Anwar 901'.

''Seharusnya, para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bersikap profesional dengan menunggu keputusan rasmi mahkamah terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa tindakan.

"Mereka seharusnya sedar, perbuatan mereka hanya akan menyusahkan orang ramai khasnya pemandu jalan raya dan peniaga," katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berpandangan tindakan Majlis Peguam berdiam diri adalah kerana mereka menyedari sikap dan tujuan sebenar Anwar.

Namun katanya, sebagai pertubuhan yang mahir tentang undang-undang, mereka seharusnya tampil menyatakan pendirian dan pada masa sama menasihatkan orang ramai yang mahu berdemontrasi supaya tidak mempertikaikan kewibawaan institusi kehakiman negara

No comments:

Post a Comment