Jika Ketua Pembangkang itu boleh menerima keputusan mahkamah terhadapnya tujuh tahun lalu, Anwar juga perlu menerima keputusan mahkamah pada 9 Januari nanti sekiranya ia tidak memihak kepadanya.
Katanya, ia merupakan isu peribadi Anwar dan tidak perlu bagi mereka untuk 'menegakkan benang basah' dengan menyertai aktiviti itu.
"Tidak ada masalah untuk mereka bangkit bagi menyatakan sesuatu perkara yang benar, namun bukan dalam aktiviti seperti ini yang sebenarnya berkepentingan peribadi," katanya
"Tidak ada masalah untuk mereka bangkit bagi menyatakan sesuatu perkara yang benar, namun bukan dalam aktiviti seperti ini yang sebenarnya berkepentingan peribadi," katanya
KUALA LUMPUR 27 Dis. - Rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggerakkan pengikutnya bagi menjayakan Kempen Bebaskan Anwar 901 di ibu negara adalah satu tindakan kurang matang.
Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, Penasihat PKR itu sebaliknya perlu menghormati apa jua keputusan mahkamah seperti keputusan membebaskannya pada 2004.
Katanya, jika Ketua Pembangkang itu boleh menerima keputusan mahkamah terhadapnya tujuh tahun lalu, Anwar juga perlu menerima keputusan mahkamah pada 9 Januari nanti sekiranya ia tidak memihak kepadanya.
"Peranan mahkamah adalah membuat keputusan berdasarkan fakta yang telah dikemukakan. Sekiranya Anwar tidak bersetuju, beliau masih boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Chandra yang merupakan Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST) berkata, langkah Anwar menggerakkan rakyat untuk berdemontrasi seharusnya tidak berlaku kerana keputusan mahkamah merupakan sebahagian daripada sistem demokrasi yang mengandungi mekanisme penyelesaian.
Oleh itu katanya, rakyat harus faham akan 'taktik' Anwar yang mahu mencetuskan keadaan tidak tenteram dengan berdemontrasi kerana ia telah menjadi sebahagian daripada 'adat resam politik beliau.'
"Demonstrasi tidak perlu kerana ia merupakan kes peribadi yang melibatkan seseorang individu, sebaliknya hormatilah keputusan mahkamah.
"Kes sama pernah berlaku ke atas Presiden pertama Zimbabwe, Canaan Sodindo Banana yang berhadapan dengan tuduhan seks, namun beliau tidak mengambil tindakan sebagaimana yang dilakukan Anwar walaupun beliau tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah," katanya.
Sementara itu Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah berkata, rakyat seharusnya tidak terpedaya dengan permainan politik Anwar yang cuba mengheret mereka dalam soal peribadinya.
Katanya, ketika Anwar terdesak, beliau cuba mengheret rakyat dengan mendakwa dirinya difitnah sedangkan perbuatan itu sebenarnya adalah satu penipuan demi kepentingan peribadinya.
"Walhal adalah jelas mahkamah telah bersikap adil terhadap perbicaraan itu termasuk menunda persidangan atas permintaan Anwar tanpa menolaknya," katanya.
Azwandin yang juga bekas Exco Angkatan Muda Keadilan pada masa sama berkata, mahasiswa tidak perlu terbabit dalam Kempen Bebaskan Anwar 901 kerana perbuatan itu adalah tidak berasas sama sekali.
Katanya, ia merupakan isu peribadi Anwar dan tidak perlu bagi mereka untuk 'menegakkan benang basah' dengan menyertai aktiviti itu.
"Tidak ada masalah untuk mereka bangkit bagi menyatakan sesuatu perkara yang benar, namun bukan dalam aktiviti seperti ini yang sebenarnya berkepentingan peribadi," katanya
No comments:
Post a Comment