PUTRAJAYA,21 Dis : JMM telah bersama dengan kumpulan Mahasiswa ASPIRASI di dalam satu perhimpunan aman bertempat di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi Putrajaya bagi memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menghantar memorandam kepada Menteri dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
Perhimpunan aman bermula jam 2.30 petang itu turut dihadiri oleh pemimpin pelajar dan kira-kira 600 mahasiswa lain yang terdiri dari mahasiswa pelbagai Institut Pengajian Tinggi seluruh negara.
Ia bagi mengutuk sekerasnya tindakan kurang ajar seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menurunkan bendera tertera gambar Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC,Kuala Lumpur.
Presiden JMM,Azwanddin Hamzah sedang memberi ucapan di hadapan 600 mahasiswa sewaktu perhimpunan. |
Pemimpin mahasiswa mula berarak menuju ke pintu masuk bangunan Kementerian Pengajian Tinggi,Putrajaya |
Setiausaha Kebangsaan JMM,Tengku Amaluddin Sani turut memberi ucapan pada petang tersebut. |
No comments:
Post a Comment