Friday, March 9, 2012

Menyedarkan umat Islam dalam LGBT

PERJUANGAN orang Melayu mestilah berpaksikan kepada agama Islam dan tidak sepatutnya memperjuangkan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Agak pelik apabila seorang Islam, yang mengakui dirinya Islam tetapi memperjuangkan perkara yang bertentangan 100 peratus dengan Islam.

Sedih memikirkan mentaliti anak-anak Melayu yang membelakangkan agama suci itu demi menurut peredaran zaman. Perasaan itu timbul ketika membuat liputan permohonan penganjur program Seksualiti Merdeka 2011 baru-baru ini di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di ibu negara.




Meskipun permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman telah ditolak, namun kelima-lima pemohon yang dua daripadanya beragama Islam tidak patah semangat sebaliknya mahu memanjangkan perjuangan mereka ke peringkat rayuan.

2 comments:

  1. Hi. I own the copyright for the picture you use to accompany this article. You do not have permission to reuse it on this website, please remove it immediately.

    Thank you,
    Lainie.

    ReplyDelete
  2. Hi Lainie. Thankyou for your corespondence with JMM. The picture used in this article was pick up from Google Images.

    ReplyDelete