Sunday, March 4, 2012

Iktiraf LGBT - Langkah mayat kami dahulu

Syukurlah di Malaysia, penolakan kewujudan, hak dan kedudukan LGBT oleh pihak berkuasa terutama pihak berkuasa agama dan institusi masyarakat pelbagai kaum dan agama, amat jelas dan tegas; sekalipun terdapat segelintir orang yang memperjuangkan kedudukan tersebut.




BAGI Awang tiada manusia yang waras fikiran boleh menerima pengiktirafan kedudukan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), lebih-lebih lagi di negara kita yang agama rasminya adalah Islam. Mengapa? Ini kerana ia melanggari fitrah dan nilai-nilai kemanusiaan serta lunas agama.

Pengiktirafan golongan-golongan terbabit bermakna masyarakat perlu menerima kewujudan institusi yang diasaskan kepada perkahwinan sejenis.

Syukurlah di Malaysia, penolakan kewujudan, hak dan kedudukan LGBT oleh pihak berkuasa terutama pihak berkuasa agama dan institusi masyarakat pelbagai kaum dan agama, amat jelas dan tegas; sekalipun terdapat segelintir orang yang memperjuangkan kedudukan tersebut.

Pendirian kerajaan Malaysia dalam hal ini amat jelas, apabila menjadi salah sebuah daripada 19 negara yang menentang resolusi PBB yang mengiktiraf kedudukan lesbian, gay, biseksual dan transgender dalam konteks orientasi seksual, kesamarataan gender dan perkahwinan sejenis.

Semalam pula, sekali lagi 47 pertubuhan bukan kerajaan Islam mengadakan perhimpunan aman di ibu negara bagi menyatakan bantahan berterusan pada resolusi PBB itu yang diluluskan pada Jun tahun lepas, setelah memperoleh sokongan daripada 23 negara. Ia cerminan majoriti umat Islam di negara ini yang tidak mahu idea itu hidup.

Apa yang jelas, pendirian komuniti Islam di negara ini dalam hal LGBT amat jelas – mereka menolak! Justeru jangan ada kalangan kecil tertentu yang telah menunjukkan belang untuk mempopularkan LGBT di Malaysia meneruskan usaha mereka. Terimalah hakikat bahawa Malaysia bukan tempatnya.


Awang – Terimalah fitrah kita.
 
Sumber: Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment