Wednesday, March 7, 2012

Memang Amerika bantu Anwar

Prinsip berkenaan kini dipegang erat PKR sehingga Anwar sendiri sanggup menyokong kebebasan seksualiti meskipun bertentangan dengan budaya dan agama Islam.



KUALA LUMPUR 6 Mac - Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS) bagi menggulingkan kerajaan ternyata benar apabila ia diakui sendiri beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).




Malah mereka mendakwa, bantuan latihan serta kewangan disalurkan AS dalam menjayakan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai boneka tidak terhad menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semata-mata sebaliknya turut melibatkan parti PKR.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, perkara itu telah lama berlaku dan beliau sendiri pernah melalui pengalaman dididik dengan doktrin demokrasi ala AS yang menjunjung tinggi nilai kebebasan bersuara dan kesamarataan dalam masyarakat.

Sambil mengakui doktrin tersebut berbahaya kepada kelangsungan Malaysia, Anuar berkata, prinsip berkenaan kini dipegang erat PKR sehingga Anwar sendiri sanggup menyokong kebebasan seksualiti meskipun bertentangan dengan budaya dan agama Islam.

1 comment: