Sunday, November 27, 2011

PERHIMPUNAN ANTI LGBT SEKS BEBAS 2.0

JMM mengadakan PERHIMPUNAN ANTI LGBT SEKS BEBAS 2.0 pada 29hb (Selasa) November 2011 jam 10:00 pagi. Perhimpunan ini akan bermula dari Tugu Negara dan bakal disertai oleh beberapa NGO, pemimpin-pemimpin masyarakat, YDP PIBG Sekolah-Sekolah, tokoh-tokoh dan individu yang mahu ancaman LGBT dan SEKS BEBAS ini ditangani segera oleh semua pihak.


Ancaman LGBT nyata sekali bukan setakat mengadakan Festival yang mendorong kepada memenuhi kepuasan seks songsang tetapi juga sedang rancak menjalankan beberapa program dan aktiviti secara senyap-senyap untuk mempromosikan kumpulan ini.

Kumpulan ini juga merancang agar negara ini menghapuskan seksyen 377 Kanun Keseksaan berkaitan dengan hukuman seks diluar tabii.

JMM percaya dan yakin bahawa pejuang-pejuang LGBT ini mendapatkan tajaan bagi mengadakan beberapa aktiviti sulit bagi mendapatkan sokongan dari masyarakat serta negara luar untuk mengikitiraf status oreintasi seks mereka.

Perlakuan seks songsang tidak boleh diterima di dalam mana-mana agama di negara ini kerana ianya tidak membawa kepada kebaikkan nilai moral, akhlak serta perlakuan yang dapat mengangkat masyarakat di negara ini sebagai masyarakat yang beradap serta bertamadun.

Published with Blogger-droid v2.0.1

5 comments:

  1. Marina Mahathir, anak bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang berprofil tinggi,telah memberi amaran kepada pihak berkuasa dan juga pengacau untuk tidak menjadikan Ketua Bersih Ambiga Sreenevasan dan lain-lain aktivis sebagai mangsa untuk acara Seksualiti Merdeka yang dijadualkan untuk November 9 hingga 13.

    "Bagi kesusahan, tanya kepada saya. Saya telah mempertahankan hak-hak masyarakat LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) selama lebih 20 tahun. Malah, saya mempertahankan hak-hak semua yang telah didiskriminasikan, golongan miskin dan orang lain. Jadi, jika terdapat sebarang diskriminasi atau keganasan terhadap sesiapa, saya akan terus mempertahankan hak-hak mereka. Itu sahaja. Adakah anda faham?" Marina memberitahu sidang akhbar pada hari Isnin.

    http://laksamanabukitbintang.blogspot.com/2011/11/mengapa-kacau-ambiga-kacau-saya-kalau.html

    ReplyDelete
  2. Seksualiti Merdeka (SM) adalah kumpulan memperjuangkan kebebasan seksualiti (homo) di Malaysia..'Seksualiti' merujuk kepada sifat atau tabii seks manusia, sementara 'merdeka' adalah merujuk kepada 'kebebasan' (hak asasi)..

    Festival yg berunsurkan hak kebebasan seksualiti (Sexuality Rights Festival) rakyat Malaysia ini diadakan setiap tahun (bermula 2008), yang berpusat di Kuala Lumpur..kalau diluar, SM ini berbentuk seperti 'Gay Parade' di negara2 barat..

    Antara aktiviti/program SM ini adalah melalui perundingan, forum, bengkel, seni, teater, muzik, konsert, yang diadakan bersama antara NGO dan individu...

    (Antara aktiviti2 'ilmiah' Seksualiti Merdeka yang mendapat sokongan penuh anak pemimpin negara..)

    Perjuangan Seksualiti untuk golongan 'LGBT'

    Melihat kepada 'pengenalan' tentang gerakan/kumpulan ini di dalam laman web rasminya, http://www.seksualitimerdeka.org/, Seksualiti Merdeka adalah bermatlamatkan:

    "Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya." http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1243206536243&set=o.353886623988&type=1&theater

    ReplyDelete
  3. tahniah diucapkan kepada JMM kerana menganjurkan inisiatif berkenaan.

    justeru, saya juga menyarankan agar JMM turut memperluaskan kempen bantahan terhadap perlakuan zina suka sama suka yang sangat berlaluasa kini.

    ReplyDelete
  4. tahniah JMM antara NGO yg berani memprotes ambiga...dan seks bebas...xlayak bnd kat negara seperti MALAYSIA...Allahuakbar!!!!

    ReplyDelete
  5. saya akan sertai setiap perhimpunan ini..tidak mahu ketinggalan satu perhimpunan pn demi menyelamatkan anak2 muda kita di mase akan datang tidak terpengaruh ngan SM ni..

    ReplyDelete