Monday, November 28, 2011

Bantahan terhadap gaya hidup gay, lesbian diteruskan

Kita mengadakan bantahan ini bukan berpihak kepada mana-mana parti politik, tetapi sebagai umat Islam, ia bersangkut paut dengan akidah remaja terutamanya anak-anak kita

PUTRAJAYA 26 Nov. - Bantahan terhadap kumpulan yang mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) diteruskan lagi apabila tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan aman di luar pusat beli-belah Alamanda hari ini.
 
Kumpulan NGO terbabit iaitu Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Gerakan Belia 4B Malaysia dan Persatuan Pertubuhan Cina Ampang berhimpun dengan membawa sepanduk bertulis 'Lindungi Anak-Anak Kami Dari LGBT'.

Ia adalah perhimpunan aman ketiga yang diadakan NGO terbabit selepas dua perhimpunan aman sebelumnya iaitu di Ampang dan Serdang, pada Rabu dan Jumaat lalu.

Mereka yang terdiri daripada belia seramai 200 orang itu hadir memakai t-shirt putih dan membawa kain rentang yang mempunyai pelbagai tulisan mengutuk gaya hidup LGBT.

Presiden JJM, Azwanddin Hamzah berkata, sebanyak 10,000 risalah bantahan terhadap LGBT turut diedarkan kepada orang ramai di sekitar Alamanda.

Katanya, ia diedarkan oleh belia yang mengikuti perhimpunan aman itu memandangkan program mempromosi seks bebas melalui Seksualiti Merdeka 2011 masih rancak dilakukan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, perhimpunan aman itu akan diteruskan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tidak mengira agama supaya menolak seks bebas.

".

"Sekiranya perkara ini tidak dibendung, ia akan mengelirukan mereka. Misalnya, seorang lelaki melalui kehidupan sebagai seorang gay dengan pasangannya dan mengambil anak angkat, bagaimana dengan kehidupan anak itu nanti," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.