Friday, May 27, 2011

MPK #4 - Kerjasama dengan NGO Indonesia

AMPANG - Majlis Pengarah Kebangsaan yang mengadakan mesyuarat -4 semalam di Hotel DePalma, Ampang telah bersetuju utnuk meneruskan hubungan dua hala dengan 19 buah NGO-NGO dari Indonesia yang akan diterjemahkan di dalam bentuk kerjasama membina 1Nusantara. JMM  bersetuju menerima perlantikkan sebagai Sekretariat bagi mewakili Malaysia di dalam mengatur pelbagai program berbentuk ilmiah, dialog dan pertukaran-pertukaran isu di antara NGO-NGO di rantau ini.
Disamping itu juga, MPK bersependapat dengan NGO-NGO lain di rantau Nusantara ini bahawa kestabilan politik dan ekonomi di negara masing-masing perlu melibatkan usaha daripada masyarakat dan tidak terhad dan bergantung kepada usaha-usaha daripada kerajaan masing-masing.


Pengarah-Pengarah Kebangsaan juga telah meluluskan beberapa program yang melibatkan penyampaian informasi serta pembentukkan pemimpin-pemimpin baru melalui "Melayu- Jujur dan Amanah Satu Perjuangan"

Disamping itu juga, Hal Ehwal Belia dan Sukan telah mengatur Futsal Piala JMM yang akan diadakan di Sport Planet Ampang pada 3hb Julai 2011 bermula jam 7.30 pagi. Borang-borang pertandingan akan diedarkan diseluruh lokasi tumpuan belia serta boleh juga diperolehi melalui laman web JMM.

Keseluruhanya, Pengarah-Pengarah Kebangsaan bertegas bahawa beberapa kenyataan media yang dikeluarkan oleh beberapa Pengarah Kebangsaan di media cetak serta elektronik merupakan hasil daripada siri dialog dan persidangan meja bulat dengan anak-anak muda di negara ini yang mahukan pemimpin-pemimpin politik di negara ini memiliki intergriti serta nilai jujur dan amanah sebagai pemimpin dengan tidak mengelirukan masyarakat melalui nilai-nilai ataupun fatwa palsu untuk memenuhi kepentingan politik peribadi dengan mengadaikan bangsa, agama dan negara.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh JMM adalah selaras dengan 4 perkara dan matlamat Pertubuhan yang terkandung di dalam Perlembagaan Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

MPK juga terus berikrar bahawa kestabilan politik di negara ini harus diberikan keutamaan agar usaha-usaha menjayakan agenda memartabatkan bangsa Melayu yang memiliki intergriti diri hasil dari sikap dan sifat jujur dan amanah dapat dicapai.

No comments:

Post a Comment