Thursday, May 26, 2011

Wan Azizah dinasihat contohi Sinclair

"Apa yang dilakukan oleh Sinclair itu adalah tindakan seorang yang bermoral dan bermaruah tinggi. Berbeza dengan Sinclair, Wan Azizah seolah-olah tidak mempunyai sifat malu dengan skandal seks yang dikaitkan dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim,"

KUALA LUMPUR 25 Mei - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sepatutnya mencontohi Anne Sinclair, isteri bekas Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn dalam berdepan skandal seks yang dihadapi suaminya. 

Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Noorizawati Ahmad Zulkifli berkata, Sinclair mengambil tindakan wajar dengan menutup blog popularnya sebagai reaksi kepada skandal yang melibatkan suaminya.


"Apa yang dilakukan oleh Sinclair itu adalah tindakan seorang yang bermoral dan bermaruah tinggi. Berbeza dengan Sinclair, Wan Azizah seolah-olah tidak mempunyai sifat malu dengan skandal seks yang dikaitkan dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Noorizawati berkata demikian sebagai reaksi kepada tindakan Sinclair kelmarin, yang menutup blog Two or Three Things Seen in America, yang dibukanya sejak 2008.

Dalam catatan ringkas ketika mengumumkan hasrat menutup blognya itu, Sinclair berkata, pengikut blognya pasti memahami situasi yang dihadapinya kini yang memaksa blog itu ditutup buat sementara waktu.