Wednesday, May 25, 2011

JMM kesal Nik Aziz sanggup 'halalkan' perlakuan buruk demi politik

"Justeru, tidak hairan mengapa DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong Nik Abdul Aziz kerana beliau akan menghalalkan apa jua perlakuan buruk pemimpin kedua-dua parti itu demi kepentingan politik,"

KUALA LUMPUR 24 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan sebagai pelacur politik kerana sanggup menggunakan agama demi meraih sokongan termasuk dari kalangan pelajar sekolah dan tahfiz.

Menganggap tindakan itu sebagai sesuatu yang memalukan, Timbalan Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Saleh percaya ia dilakukan atas tunjuk ajar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ia jelas menunjukkan Nik Abdul Aziz boleh tunduk kepada pemimpin dalam pakatan pembangkang yang berfahaman 'matlamat menghalalkan cara' sehingga para pelajar turut digunakan dalam program politik.

"Justeru, tidak hairan mengapa DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong Nik Abdul Aziz kerana beliau akan menghalalkan apa jua perlakuan buruk pemimpin kedua-dua parti itu demi kepentingan politik," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Kerajaan Pas Kelantan Jumaat lalu yang memperalatkan pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di seluruh negeri itu untuk menghadiri Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana, Kota Bharu. 

Dalam program itu, pelajar terbabit turut diminta membaca ikrar Pemuda Pas.

Sumber: Utusan Malaysia

1 comment: