"Tetapi yang paling aneh sekali Anwar tidak pernah membuat tuduhan mengatakan Eskay adalah seorang pembohong dan penipu,"
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya tampil secara terbuka menyatakan bahawa Datuk Shazryl Eskay Abdullah, individu yang mendedahkan rakaman video seks dengan pelakunya mirip dirinya, adalah seorang pembohong dan penipu, gesa sebuah badan bukan kerajaan di sini hari ini.
Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah berkata kenyataan terbuka dari ketua pembangkang itu penting untuk membolehkan rakyat menilai sejauh mana kebenaran disebalik apa yang didedahkan ahli perniagaan itu bersama dua lagi rakannya.

Azwanddin memberitahu Bernama, sejak Eskay dan dua rakannya, yang dikenali sebagai "Datuk T" mendedahkan rakaman video itu kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara 21 Mac lalu, Anwar hanya membuat pelbagai penafian yang dirinya bukan pelaku di dalam video berkenaan. Malah sebaliknya Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh telah menyalahkan pihak polis, Umno dan kerajaan kononnya terlibat dan berkonspirasi menamatkan hayat politiknya.
"Tetapi yang paling aneh sekali Anwar tidak pernah membuat tuduhan mengatakan Eskay adalah seorang pembohong dan penipu," tegas Azwanddin.
"Justeru itu, kami dari JMM meminta dan mendesak Anwar membuat kenyataan secara terbuka yang Eskay adalah seorang pembohong dan penipu dalam episod pendedahan aksi video seks Anwar dan seorang pelacur," katanya.
Azwanddin berkata, bagi membuktikan dirinya adalah mangsa konspirasi, Anwar seharusnya berani untuk tampil menyahut cabaran ini.
Beliau berkata jika Anwar enggan berbuat demikian, JMM dan rakyat akan berpandangan Anwar cuba melindungi sesuatu yang diketahuinya dari diketahui umum.
Jumaat lalu, Eskay telah membuat sumpah laknat di sebuah masjid di sini untuk membuktikan Anwar adalah pelaku dalam video seks yang didedahkannya bulan lalu. -- BERNAMA
No comments:
Post a Comment