Saturday, May 7, 2011

DAP - Melayu Kaldai Tunggangan

AWANG sebagai seorang bumiputera amat tersentuh hati mendengar gelagat kepimpinan DAP Selangor disyaki memperkudakan lesen kontraktor Kelas F yang sebenarnya dikhaskan untuk bumiputera, seperti mana yang didedahkan pada prosiding Suruhanjaya Siasatan Teoh Beng Hock. 


Amat memalukan jika benar apa yang terbongkar dalam prosiding tersebut; menelanjangkan betapa rakusnya pihak tertentu dalam DAP Selangor mengaut untung dengan mempopularkan semula konsep ali baba.
Maka, terjadilah cakap tidak serupa bikin. Ia lari daripada slogan kononnya kerajaan berkebajikan dan prihatin yang dilaungkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sekarang.

Oleh itu, Awang tidak hairan apabila sekumpulan wakil Persatuan Kontraktor Melayu Selangor mengadakan demonstrasi semalam di hadapan pejabat ADUN DAP Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, wakil rakyat yang dikaitkan dengan dakwaan kegiatan menyalahgunakan lesen syarikat kontraktor bumiputera. 

Ia adalah lambang rasa tidak puas hati di atas apa yang berlaku. Kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor perlu meneliti isi kandungan poster-poster yang dibawa dalam demonstrasi tersebut, antara yang tertulis “10 peratus kontraktor kelas F, 90 peratus DAP dapat” dan “DAP pengkhianat kontraktor kelas F”. Ia luahan rasa kontraktor Melayu.

Dalam konteks maruah, apa yang dilakukan terhadap lesen-lesen Kelas F yang terlibat adalah penghinaan kepada bumiputera. Ia perlu dihentikan!

Awang – Nampak.

2 comments:

  1. Dengar boleh percaya jangan terutama dari sumber2 akhbar utusan,tv3,JMM,pekasa

    ReplyDelete
  2. soyl : betul tu, kita boleh dengar tapi jangan percaya sangat.

    ReplyDelete