Saturday, January 8, 2011

SKMM gagal bertindak terhadap The Malaysian Insider


Jaringan Melayu Malaysia (JMM) meminta penjelasan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengenai lapuran dan bukti yang diserahkan terhadap The Malaysian Insider, sebuah portal yang didakwa mengeluarkan artikel-artikel yang berbaur hasutan yang boleh memecahbelah perpaduan kaum di negara ini serta memfitnah kerajaan.


JMM semasa membuat lapuran tersebut juga telah menyerah beberapa dokumen kepada SKMM bagi membantu siasatan namun sehingga ke hari ini tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak SKMM terhadap lapuran yang telah dibuat oleh JMM pada 20hb Okotober tahun lepas di pejabat SKMM Cyberjaya.

Apa yang paling mengecewakan disebabkan tiada tindakan susulan termasuk pemantauan daripada SKMM, sehingga kini The Malaysian Inisder masih lagi menyiarkan artikel-artikel di portal mereka dengan niat sengaja membiarkan pembaca-pembaca mereka memberikan komen-komen biadap terhadap Raja-Raja Melayu.

Di dalam artikel The Malaysia Insider yang disiarkan pada 2hb Jan 2011, bertajuk “Palace Confirms JAIS director as Selangor state secretary , portal ini dengan sengajanya menyiarkan komen-komen yang menghina Raja-Raja Melayu seperti nama “ joeaang”.

JMM sentiasa menyanjung kebebasan media di negara ini namun portal The Malaysia Insider seharusnya tidak menjadikan ruang portal mereka sebagai tempat menunjukkan kebiadapan dan diluar ketamadunan manusia.

Sebagai media yang menyampaikan berita, The Malaysian Insider seharusnya mempunyai tanggungjawap sosial di dalam memelihara sosio dan budaya setiap kaum di dalam negara ini.

JMM sekali lagi memohon agar SKMM menyegerakan siasatan terhadap portal The Malaysian Insider yang mempunyai niat jahat memecahbelah keharmonian negara serta perpaduan di dalam negara.

JMM tetap dengan desakkan agar The Malaysian Insider ditutup kerana portal ini menyiarkan artikel-artikel memfitnah dan berbaur hasutan kepada rakyat Malaysia.

Yang Benar,

“Jujur & Amanah Satu Perjuangan”

Azwanddin Hamzah
Yang DiPertua Kebangsaan

No comments:

Post a Comment