Saturday, January 8, 2011

Majlis Pengarah Kebangsaan JMM

Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia telah mengadakan mesyuarat Majlis Pengarah Kebangsaan (MPK) yang berlansung pada 1hb Januari 2011 jam 9:00 malam di EMR 4, Tingkat 2 Hotel DePalma, Ampang.

MPK yang berlansung tersebut dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Kebangsaan membincangkan mengenai hala tuju dan perancangan program bagi Tahun 2011.


MPK juga bersetuju untuk menyusun semula struktur organisasi yang terdiri daripada Pengarah-Pengarah Kebangsaan serta Yang DiPertua Negeri-Negeri. Penstrukturan semula organisasi juga melibatkan peranan Ahli Panel yang bertindak sebagai penasihat kepada pertubuhan ini.

Kalangan ahli panel pertubuhan ini juga terdiri daripada mereka-mereka yang mempunyai pelbagai kemahiran dan kepakaran di bidang masing-masing seperti Perundangan, Agama, Pendidikan dan Keusahawanan.

MPK juga akan dibantu oleh kumpulan-kumpulan sokongan yang terdiri daripada majlis pelajar IPTA/IPTS, Persatuan-Persatuan, Kelab-Kelab serta pelbagai pertubuhan bukan kerajaan yang akan bekerjasama dengan MPK di dalam menjayakan pelbagai program.

Mesyuarat MPK juga telah memutuskan untuk melantik beberapa Pengarah Kebangsaan mengetuai Hal Ehwal bagi memperkemas kini agenda dan hala tuju pertubuhan.

Pengarah Hal Ehwal Seni dan Kebudayaan Kebangsaan
Pengarah Hal Ehwal Keusahawanan dan Ekonomi Kebangsaan
Pengarah Hal Ehwal Sukan dan Belia Kebangsaan
Pengarah Hal Ehwal Pendidikan Kebangsaan
Pengarah Hal Ehwal Wanita, Kebajikan dan Kesihatan Kebangsaan
Pengarah Hal Ehwal Latihan Kebangsaan
Pengarah Hal Ehwal Perhubungan Kaum Kebangsaan
Pengarah Hal Eghwal Agama Kebangsaan
Pengarah Hal Ehwal IT Kebangsaan
Hal Ehwal Keahlian dan Media
Hal Ehwal Hubungan Antarabangsa

MPK yang bersidang pada malam itu diakhiri dengan bacaan Ikrar JMM iaitu "JANJI MELAYU " Mesyuarat MPK telah ditanggungkan pada jam 12.30 malam

No comments:

Post a Comment